Nasi sangat bersalah !

by - Isnin, Januari 08, 2024


Semalam , misi mencari makan malam. Wife kepenatan nak masak. Aku nak masak , aku tak nak. Nanti kalau aku start tunjuk skill memasak, hari hari aku kena masak seperti mana menjemur pakaian. Dah jadi tugas rasmi aku. Hahaha.. Boleh ? Takda la.. aku tak pandai masak sebenarnya. Bukan tak nak belajar tapi tak sempat..Heee..

Maka, makan di luar je la jawabnya. Kalau makan di rumah , lauk telur je la tapi aku suka. Anak anak je la dah boring. Sian pulak kan ? Dan pilihan destinasi selepas gi mendobi pakaian ialah ke Aeon Nilai. Hari hujan dan aku tak nak anak anak selsema lak kalau makan di kedai terbuka.

Nak makan apa ? Hurm.. mencari restoran yang ada Halal itu penting. Dan wife tak nak makan restoran yang menu utama dia ayam. Bosan dah katanya. Aku ngan Qhaliff sukaaaaa ! Hahaha.. Tapi tu la.. kena ikut la cakap boss.

Dan masuklah ke restoran  menu Korea ni. Lama dah aku teringin nak rasa sebenarnya. Sebelum ni pernah masuk yang satu lagi punya restoran. Yang makan ala ala steam boat tu. Dan aku tak berapa suka sangat. Terlalu kenyang. 



 Dan... Wow ! Aku sukaaa kat sini. Bahan utama dia kimchi. Dan aku makan nasi kat sini dek kerana anak anak makan tak abis. Tapi berbaloi la aku makan nasi sebab sedap. Macam aku kata sebelum ni.. aku cuma akan makan nasi kalau masakan tu berbaloi untuk di makan. Aku bukan anti nasi pun cuma aku nak kawal nafsu makan aku dan juga kawal pengambilan makanan tinggi karbohidrat. 

Tapi tu la... anak anak tak abis makan , aku kena abiskan. Nasib baik la tinggal suku je. Dua mangkuk lak tu. Adeh.. takkan nak biar ? Sayang laa.. kena la aku makan dan ternyata sedap betul sesekali bila makan nasi ni. Hahahaha.. 

Ternyata berbaloi makan kat sini. Rasanya pasni restoran ni akan jadi port aku sekeluarga la kalau teringin nak makan di luar. Yang bukan menu utama dia , ayam la.. Heee.. Setahun sekali dua boleh la layan sini. Harga pun ok jer. Kalau gi pekena ayam.. dah cecah 100+ ! Sini kelmarin.. tak sampai pun lagi.. Alhamdulillah. 

Kimichi bagus untuk perut tau ! Probiotik gitu ! 

You May Also Like

5 comments

  1. Selalu tengok je SGHT ni. Nampak macam best pula nasi tu. Nanti nak singgah makan ngan anak.

    BalasPadam
  2. Nikmat ye sesekali cheat day dapat pula makan nasi. Harap boleh istiqomah cam abg ben tahun ni.🤞

    BalasPadam
  3. nampak sedap juga tu..boleh try lain kali

    BalasPadam
  4. Betul tu.. nasi yang bersalah. siapa suruh berada di depan mata, kan dah kena makan.. :)

    BalasPadam