Buang masa belajar secara online ni !

by - Khamis, Januari 04, 2024


Online

Bersemuka 

Argh... buang masa je amik pakej pembelajaran secara online ni ! Anak anak tak boleh fokus pun. Dok termenung depan komputer tu jer. Cikgu membebel apa tah kat depan skrin pastu suruh buat latihan. Anak terpinga pinga gitu jer. Buang duit je bayar ! 

Katanya la... Betul ke ? 

Sejujurnya awal awal PKP dulu aku berfikiran gitu gak. Anak anak payah nak tangkap belajar secara online ni. Lebih seronok bersemuka. Senang tangkap dan faham katanya. Kan ? Aku tahu ramai je setuju dengan pendapat aku.

Tapi segalanya berubah bila aku nampak perubahan anak anak aku sendiri yang belajar secara online ni. Sesekali bila ada bengkel bersemuka anjuran FlyHigh Training Centre ni, menguatkan lagi pemahaman dia. Bukan saja makin faham tapi bertambah lagi ilmu pengetahuan dia sebab cikgu bukan sekadar mengajar tapi mendidik mereka ! Itu yang penting.. bukan kejar untuk lulus semata mata ! 

Tips nak belajar secara online ni mudah jer. Mak ayah kena duduk bersama mereka dalam seminggu dua jer. Tunjuk ajar cara guna dan sama sama belajar. InshaAllah , banyak ilmu yang kita perolehi. Ingatkan kita dah pandai tapi rupanya banyak benda boleh belajar ditambah lagi silibus baru anak anak kita ni lain dari zaman kita dulu.

Pakej belajar secara online bersama FlyHigh Training Centre ni bermula dari Tahun 3 hingga ke SPM. Bila ujian penting menghampiri, mereka akan kerap buat bengkel kerana tahu ramai yang perlukan tips dan teknik menjawab dengan betul.

Berbaloi atau tidak belajar secara online ni ? Bagi aku.. di zaman ni , kena ada pendekatan lebih ke depan dan pantas ditambah lagi... macam macam penyakit ada sekarang ni dan cepat merebak ! Kita kurangkan risiko jangkitan. InshaAllah.. 


Belajar di rumah

Bercuti di hotel

Dalam kereta ketika ke luar kawasan

Di restoran 

 Alhamdulillah.. 2 minggu cuti sekolah pun dimanfaatkan dengan belajar walaupun berada di kawasan pendalaman seperti baru baru ni , di Baling , Kedah. Walaupun lokasi agak ke dalam tapi Zahra dan Qhaliff tetap masuk kelas dan mendapat capaian internet tanpa gangguan. Audio visual cikgu yang mengajar pula , jelas dan terang. 

Sekurang kurangnya... kurang beban sedikit aku setiap hari. Huhu...

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah terbaik untuk anak-anak

    BalasPadam
  2. All the best, semoga terus sukses anak-anak Aben!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Betul kesemua panduan yang Ben berikan. Rezeki anak-anak dapat belajar dengan lancar. Moga anak-anak Ben lulus cemerlang hendaknya dalam peperiksaan.

    BalasPadam