Tips nak capai berat ideal sebelum Ramadan !

by - Selasa, Januari 23, 2024


Dulu aku tak yakin dan cam rasa mengarut jer bila buat ukuran BMI ni.. ukuran berat ideal ! Apa giler berat ideal aku perlu dibawah 80kg ! Kurus kering laa aku weh ! Otot otot mesti hilang punya dan paling teruk, aku tak hensem dah ! Hahaha... muka mesti cengkung macam orang sakit. Kalau bodybuilder yang masuk pertandingan tu, diorang lain kes ! 

Gitulah pemikiran aku. Dulu laaa.. tapi lepas PKP , aku  dapati aku semakin berisi dan banyak sakit sana sini terutama sendi sendi. Bukan sebab vaksin ! Aku dah rasa menda ni sebelum PKP lain. Pernafasan tak keruan dan cepat letih ! 

Alhamdulillah.. segalanya ada hikmah ! Apa yang berlaku pada isteri aku mengubah seluruh keluarga aku dan juga mereka yang rapat dengan kami. Malah perubahan yang aku lakukan turut diikuti oleh rakan rakan di media sosial. 

Tak perlu tunggu Ramadan untuk ubah segalanya. Dah boleh pun buat dari sekarang. Malah bila kita buat sekarang , kita akan dapat manfaatnya lebih baik. Badan lebih rasa sihat dan segar. Anak anak kita pun begitu juga. Apasal  nak tunggu Ramadan untuk ubah ??? 



Tekanan darah di usia 40an lebih cantik berbanding ketika usia 30an

Pemakanan lebih sihat dan ringkas tapi berkhasiat

Perbezaan ketika usia  hujung 40an dan awal 30an

Lebih segak dan sihat

Anak anak sihat dan slim.

 Caranya tak susah pun. Segalanya bermula pada awal pagi. Apa kita nak makan di awal pagi ? Ramai salah sangka yakni dengan memberikan makanan tinggi gula di pagi hari akan membuatkan mereka cergas dan lebih sihat. Nah... salah sama sekali. Mereka yang menyebarkan infomasi begitu sebenarnya nak membunuh anak anak kita dalam jangka masa panjang. Kalau kita perasan , anak anak kita akan mudah jatuh sakit. Kerap batuk berkahak dan selsema berhingus hijau. Bila demam , akan jadi berpanjangan. Yer , sistem imun mereka dah rendah dek kerana gula dan makanan ultra proses yang kerap kita berikan pada mereka. 

Berikan mereka makanan  tinggi protein dan fiber di pagi hari sebelum ke sekolah. Lepas sekolah , sama juga cuma jika perlu ada karbohidrat seperti nasi, pastikan mereka abiskan dulu fiber seperti sayur dan buah terlebih dahulu sebelum habiskan protein. Jika masih lapar , baru makan nasi bersama sup atau kuah yang sihat. 

Petang , ajak makan makanan yang sihat . Jauhi makanan yang dibeli bergoreng melainkan kita yang goreng sendiri mengunakan minyak masak yang sihat seperti minyak kelapa sawit , minyak kelapa atau minyak zaitun. 

Tunjuk mereka video video kesihatan di media sosial. Terangkan mereka kesan kesan buruk jangka panjang jika masih teruskan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Pastikan di dapur tidak ada lagi makanan makanan yang tidak sihat seperti biskut , roti roti putih mahupun susu susu yang tinggi gula. Tak perlu beli pun sebenarnya. Dan sejujurnya , kita akan lebih banyak jimat bila semua ni tiada di dapur ! 

Perlu tak bersenam ? Sejujurnya... bersenam tu penting untuk kuatkan otot otot kita. Apa guna dapat badan slim tapi otot tak kuat ? Badan tak fit.. harap muka kacak atau cantik tapi lembik orangnya ? Jangan marah aaa... 

You May Also Like

1 comments

  1. Nice tips Ben. nak amalkan lah kalau dapat. Target nak turunkan 2 kg jer sebelum Ramadhan ni

    BalasPadam