Bagaimana nak sado dengan cara yang sihat ?

by - Ahad, Januari 07, 2024


Dulu aku ingat pergi gym , rajin berlari dan jaga makan dah memadai. Rupa rupanya masih terlalu jauh dari yang yang patut aku amalkan ! Kesilapan aku ialah pada pemakanan yang tak betul. Dalam diam , aku mengambil banyak makanan yang tinggi dengan lemak jahat dan juga gula. 

Yer , gula paling kita tak sedari dan diambil setiap hari. Kemudian kita diomok omokkan dengan bahayanya makanan makanan  tertentu tapi rupa rupanya kena amalkan setiap hari ! Alhamdulillah, banyak video di media sosial berkenaan nutrisi pemakanan yang disorokkkan satu ketika dahulu , dibongkarkan  dan aku amalkan. 

Antara yang masih wajib aku amalkan ialah air halia yang aku minum setiap pagi dan malam sebelum tidur. Kalau malam hari tu , aku tambahkan dengan kunyit dan habbatus sauda. Pastu perah lemon sedikit. Ada khasiatnya dan manfaat pada tubuh badan. 


Bacaan masa tak sihat sebelum ni , atas 180 dan bawah lebh 90 ! 


Bila ke gym , sesekali aku bawa air putih ditambah dengan secubit garam Celtic. Yelah.. badan berpeluh abis. Mineral dalam badan dah keluar.. kena ganti ! Masukkan garam yang berkualiti dan punya mineral yang tinggi. 

Bila perut cantik... sistem pencernaan cantik.. kita masukkan apa saja makanan tambahan yang berkhasiat, InshaAllah akan dapat diproses dengan baik. Dan aku dapati sejak aku minum air putih ditambah sedikit garam Celtic ni , bacaan tekanan darah lebih cantik dan terkawal walaupun selepas bersenam. 

Telur rebus , setiap kali lepas workout. Aku nak kurangkan makanan bergoreng kecuali di masak dengan minyak zaitun. Aku dalam proses nak menurunkan lagi bacaan kolestrol dalam badan. InshaAllah, sebelum puasa aku nak check semula. 

Antara makanan tambahan lain yang aku ambil , cuka epal , minyak zaitun , omega 3 , chia seed ,  bawang putih tunggal dan whey protein. Er, ada lagi.. beet root , cinnamon.. fuh ! Betul punya jaga ni.




Alhamdulillah.. aku tak perlu nak sumbah steroid dalam badan aku. Ada orang kata kalau nak kekar , sado atau nampak gempak , kena masuk la ! Baru best ! Maaf laa nak.. aku dah nampak kesan buruk pada kawan kawan yang amik menda alah tu dan sekarang mereka dah pun insaf. Dah berhenti pun bersukan kerana risaukan kesihatan. 

Alhamdulillah.. aku dari tahun 2002 hingga sekarang , masih lagi keluar masuk gym. Walaupun awal awal dulu , corak pemakanan aku tak betuk dan tak seimbang dek kerana pegang prinsip makan apa saja asalkan bersenam rupanya salah sama sekali ! 

Sasaran aku tahun nak nak hilangkan lemak bahagian perut tu. Masih berbaki. Nak dapatkan bacaan lemak dalam badan di bawah 20%. Bukan mudah tapi inilah cabarannya dan pada masa yang sama , nak buktikan cara aku ni berkesan buat mereka yang teringin nak sado cara natural... 

Dan nasi memang aku masih tak makan. Hahahaha.. Ada yang kata nasi tak bersalah ! Betul.. Sebab tu aku tak makan nasi sebab aku yang bersalah ! Kalau korang rasa korang boleh kawal nafsu pemakanan, silakan makan..... aku sokong dari jauh ! 

Nak sado... jaga makan  dan makan makanan yang sihat dan benar, rajin bersenam , cukup berehat dan tak nak stress stress ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Nak mulakan semula.. alahai.. susahnya.. semangat lebih kepada nak makan.. adeh..

    BalasPadam