Kolestrol tinggi walaupun rajin bersukan ?

by - Isnin, Januari 01, 2024

 Hari terakhir 2023... 

Aku teman wife ke pasar pastu ke Lotus. Ketika nak membayar di kaunter bayaran , aku ternampak ada booth Healthcare Pharmacy. Ada pemeriksaan percuma darah tinggi dan glukos. Hurm.. aku tak pernah buat pemeriksaan sejak cecah umur 40 ni. Terasa nak juga buat untuk mengetahui hasil diet aku sepanjang tahun 2023 ni. Walaupun aku nampak kesan pada fizikal tapi dalaman aku tak tau.. 

Terus duduk dan tinggalkan wife kat situ. Dia menjegil. Aku faham maksud dia tu...

" Sapa nak bayar ni ????? " 

Aku kenyit mata. Alaa.. nanti tranfer la balik. Bukan tak biasa. Hahahahaha....

Bukan apa.. aku tak nak berubah hati. Biasanya gitu la. Bila dah teringin nak check.. tetiba batalkan niat tu bila nampak ada ramai orang dah mula mengeruni booth tu. Memandangkan diorang baru je bukak... tu aku amik kesempatan. 




Setelah penerangan dibuat.. apa yang percuma dan apa yang berbayar , maka aku amik keputusan untuk buat pemeriksaan penuh. Alang alang.. Dan hasilnya, membuatkan aku sedikit terkejut. Tapi aku tak pelik juga sebab memang kebelakangan ni aku gagal mengawal pemakanan aku. Cuma berjaya tak makan nasi putih jer tapi bab makanan bergoreng  terutama di luar rumah.. gagal ! 

Kenapa gagal ? Sebab takda pilihan makanan bila berada di luar rumah. 

Kolestrol aku tinggi. HBA1C pun tinggi. Aku tak minum air manis  tapi kenapa boleh tinggi? Aku syak berpunca dari makanan yang aku makan sejak dua menjak ni. Jadi ketagih semula. Awal awal tahun , berjaya kawal tapi nak penghujung tahun , mula ke laut dalam ! 

*HbA1c atau nama lain 'glycated haemoglobin' adalah satu perkataan yang selalu digunakan berkaitan dengan penyakit kencing manis. Ianya adalah panduan daripada gula dalam darah sepanjang 3 bulan lepas secara purata dan juga untuk mendiagnosa pesakit kencing manis.

Cuma ketika dia check bacaan gula untuk pagi tu, nampak ok walaupun baru lepas makan buah. Hurm.. Manakala untuk body fat , aku dikira obes ! Eerk... Air dalam badan ok , tekanan darah tinggi ok. Part ni aku lega sangat la. Walaupun aku banyak bergerak untuk pagi tu, bacaan tekanan darah ok. Nasib baik. 




Makanan bergoreng... keow teow , bihun pula adalah makanan proses yang tinggi dengan karbohidrat. Cepat bertukar menjadi gula. Ditambah pula makan di malam hari. Itulah kesilapan ketara aku. Walaupun tak banyak , tetap memberikan kesan pada tubuh badan. 

Satu lagi  tabiat yang perlu aku ubah ialah makan buah di malam hari. Kekadang belasah tembikai, buah naga , mangga dan pisang. Bukan tak leh makan tapi sebaiknya jangan makan di malam hari ! Nah... itulah yang aku syak jadi punca.

Maka di awal tahun 2024 ni, inilah misi aku. Aku kasi 3 bulan untuk perbaiki diet aku. InshaAllah nak konsisten dengan berpuasa 2 kali seminggu sebelum Ramadan menjelma. 

Misi 2023 untuk leankan badan dah berjaya. Sekarang misi yang lain pula. Moga berjaya ! 

You May Also Like

6 comments

  1. terbaik….tuan sbg rujukan saya jika saya tak konsisten diet

    BalasPadam
  2. Cuma saya tak dpt beri komen dalam post tuan di FB (sbb ruangan komen saya takde - jadi saya mampu baca dan like je😉)

    BalasPadam
  3. Ok! saya cuba petua ini. Diet If ke Ben buat?

    BalasPadam