Dari Bahang Bay Hotel ke Ulu Legong Hot Spring , Baling.

by - Isnin, Disember 25, 2023


Alhamdulillah. Perancangan dari awal tahun berjaya dilaksanakan. Anak anak gembira. Cuma sayang tak dapat naik ke Perlis seperti sebelum ni. Kalau dapat menginap semalam dua di Perlis , pasti lagi menarik. Inshaallah, akan datang aku nak masukkan semalam di Perlis dan Taiping semalam. Apa ada di Taiping ? Banyak tempat menarik terutamanya yang sesuai dengan anak anak kita yang masih kecil. Diorang pasti enjoy. 

Ok... di Pulau Pinang , kami menginap di Bahang Bay Hotel. Hotel ni dekat ngan pantai. Cuma kena jalan kaki menyeberang jalan raya yang tak sesak. Sini menarik kerana tak sibuk seperti di bandar mahupun Batu Feringghi. Nak keluar cari makan pun tak susah. Korang boleh naik ke Balik Pulau atau turun ke bandar besar. 

Di Bahang Bay ni , ada 3 kolam mandi mesra kanak kanak. Ada mini gym. Tempat letak kereta yang selesa. Cafe pun menarik. Malam malam diorang tayang movie percuma. Boleh la lepak ngan anak anak kat bawah. Rasanya dua tiga malam kat sini pasti seronok mereka. Tempat tempat menarik berdekatan seperti Escape ( taman tema dan reakrasi ) , Entopia iaitu Taman Rama Rama dan banyak lagi. 

Selesai 3 hari kat sini , aku sekeluarga ke Baling , Kedah. Perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih. Cuaca cantik ketika ni. Memang rezeki kami. Sesampai je sana , terus ke Dusun Tok Wak Desa untuk menjamah makan tengahari. Kena booking dulu. Sebelum makan , mandi sungai puas puas dulu.

Kat sini ada banyak homestay. Atau nak best lagi , boleh berkhemah atau tempah chalet berdekatan sungai. Nah.... boleh mandi sepuashati ! Jika tak nak mandi sungai , boleh ke Ulu Legong Hot Spring. Dekat je. Dalam 1 km je memandu.  

Best ! 




Untuk pengetahuan korang, kolam air panas ni dibersihkan 2 hari sekali. Jika airnya keroh atau pengunjungnya ramai pada hari tersebut, esok harinya akan dibersihkan. Air panasnya memang asli ya. Korang boleh berkhemah dalam ni juga. Carilah tempat tempat yang sesuai asalkan tak ganggu orang. Tempat makan ada. Surau dan tempat salin pakaian semua bersih ! Oh ya.. kat sini korang boleh mandi 24 jam tanpa sapa sapa halang ! Amacam ?

Sayangnya.. hari terakhir kat sini hujan mula lebat turun. Perancangan nak masuk ke Kelantan terpaksa aku tunda kerana tak nak amik risiko memandangkan amaran diberikan yang mana hujan kali ni bukan biasa biasa. Aku sendiri serba salah... Nak tak nak , terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Keselamatan keluarga perlu diutamakan. 


Dari  grup FB...

You May Also Like

1 comments