Tips mudah hilangkan lemak di perut !

by - Isnin, Disember 11, 2023

" Natty ke bang ? " aku ditanya. Malah ada yang tanya aku depan depan , apa barang atau fat burner yang aku ambil untuk dapatkan badan yang lean. Yelah, katanya dia nampak aku sebelum ni, berisi dengan lemak lemak terutama di perut. 

Aku senyum je la. Sejujurnya aku pernah ambil beberapa jenis fat burner termasuklah L Carnitine untuk hilangkan lemak lemak degil di sekitar perut dan pinggang. Sangat menganggu aku. Hahaha.. kan ? Aku tau korang pun gitu. Tapi nasihat aku, jangan stress ! Tak perlu pun sebenarnya amik fat burner untuk hilangkan lemak tu. Kita gunakan je tubuh badan kita sendiri untuk hilangkan. Cuma ianya mengambil sedikit masa dan kesungguhan mahupun komitmen. 

Fat burner jika diambil, perlu berterusan. Jika berhenti , korang akan lebih bernasfu makan. Kesannya, korang akan jadi lebih berisi. Malah ada risiko juga pada kesihatan. Maka nasihat aku.. tak kira la kau sihat atau tidak , tak perlu pun semua tu. 



Hasilnya..

Sebelum itu..

Tips mudahnya ialah penjagaan makanan jer. Itu jer. Ada beberapa tips yang aku tahu bab penjagaan makanan ni. Ada yang kata kau tak perlu pun sekat nafsu makan. Hanya perlu jaga bab kuantiti pengambilan jer. Betul... kuantiti tu betul tapi aku lebih suka berpegang pada ambillah yang berkhasiat dan jauhi yang memudaratkan. 

Kemudian elakkan makan pada waktu yang tak sepatutnya seperti malam hari. Yang ni ramai yang gagal. Puncanya ? Tidur lewat dek kerana melepak dan layan movie ! Memang akan kelaparan yang akhirnya membawa kepada kehancuran perut kita tu ! 


Bab makan ni tak susah pun sebenarnya. Selagi mana kau makan makanan yang sebenarnya makanan, kau tak perlu risau sama sekali. Makanan yang sebenarnya makanan tu camana ? Makanan yang tidak diproses berkali kali.

Apa yang aku makan setiap pagi ? Ok.. sebelum aku makan , aku akan minum dulu air suam. Kemudian 10 minit kemudian baru aku minum air halia ditambah lemon. Sesekali aku akan tukarkan dengan minum air probiotik. Atau halia ditambah kunyit dan beetroot. Ini aku minum sebelum sarapan pagi. 

Kemudian aku akan brisk walk atau berlari di luar rumah. Dalam 30-45 minit jer. Dengan perut kosong. Aku gunakan tenaga yang masih berbaki. Dalam jam 10 pagi.. baru aku makan. Telur separuh masak atau aku goreng dengan minyak sawit atau minyak zaitun. Hurm.. dalam 3-4 biji gitu la. Kalau setengah masak, aku tambahkan dengan cayenne pepper dan juga lada hitam. 

Tengahari... aku makan je lauk pauk yang ada di atas meja. Tanpa nasi putih. Apa ? Nasi putih tak bersalah. Betul nasi putih tak bersalah. Yang bersalah tu , orang yang proses beras hingga hilang fiber dan mineralnya. Yang tinggal cumalah karbohidratnya saja. Korang boleh google cari info bab ni. 

Dalam jam 2 gitu , aku amik whey protein. Aku akan tambah dengan kekacang seperti almond dan walnut. Kalau ada yogurt greek , aku akan tambah juga. Nak sedap lagi , tambah pisang. Sedap dan mengenyangkan ! 

Malam. sebelum jam 8 malam aku sekeluarga makan. Fokus utama fiber seperti sayur dan juga protein. Ayam dan ikan jadi keutamaan. Kalau masih lapar , goreng je telur. Kalau makan di luar , aku beri sedikit kebebasan pada perut. Bukan selalu makan luar tapi masih lagi utamakan yang sihat. 

GULA PUTIH dan MAKANAN SEGERA , aku tak benarkan dah pada anak anak termasuk diri sendiri. 

Bersenam berapa kali sehari ? Bersenam ni terlalu banyak kebaikannya. Ada yang kata dia tak da masa untuk bersenam. Jadi masa kau untuk apa ? Hamba pada duit ? Bila sakit.. duit tu mana pergi ? Semua ke doktor ! Sia sia jer kan ? Jadi, carilah masa untuk kesihatan tubuh badan. Jangan beri alasan untuk sihat. Apa guna kita beria ria untuk kayakan orang lain ! Bila kita sakit.. ada diorang kisah ? Dah terbaring atas katil hospital.. baru masa tu nak insaf.. Baru masa tu nak berubah ?

Utamakan kesihatan. Bonusnya.. di masa akan datang ! 

Aku ulamm sekali lagi. Untuk membakar lemak di perut tu, kau kena gunakan lemak lemak tu. Tukarkan lemak tu menjadi tenaga ! Camana nak tukarkan ? Kurangkan makan makanan yang tinggi gula ! Banyakkan bergerak. Tidur awal. Rehat.... dan jangan stress stress ! 

You May Also Like

1 comments