Cabaran bermula di cuti sekolah !

by - Isnin, Disember 18, 2023

Cuti sekolah bermula. Nak gi bercuti, belum sampai masa sebab sang isteri masih perlu selesaikan beberapa perkara penting di pejabat sebelum bercuti panjang. Dan seperti biasa.. aku kena uruskan anak anak dari awal pagi hingga petang. Nasib baik aku ada tempat boleh bawa mereka. Tapi sebelum tu... memang perit jugak la.. Huhuh.. 

Nak suruh belajar memanjang , mustahil la kan. Aku sendiri di usia mereka pastinya dah ghaib di awal pagi. Pakat keluar bermain dengan kawan kawan tapi di zaman ni.. pergh ! Penuh cabaran ! Kalau hilang sejam dua pun dah risau ! Amat bahaya. Macam macam jenis manusia dah ada di Malaysia ni. Nak tak nak.. main je la depan rumah atau keluar bersama sama mak ayah.. 

Kalau di rumah.. aku tahu.. suri rumah macam aku dan korang , mesti macam ni. Tak kira la anak dah besar panjang.. macam macam perangai ada. Isu perbalahan kekadang kecik je tapi itulah kenangan sebelum mereka punyai dunia sendiri. 

Cuma aku pelik je la.. Wife aku tenang je selesaikan perbalahan mereka dan mereka menurut saja. Manakala aku... perghh ! 



Diorang boring sebenarnya. Kena bawa keluar berjalan jalan. Yelah.. cuti kan ! Takkan nak nganga dalam rumah. Tapi kita tau.. kos nak bawa mereka berjalan bukan murah. Dengan petrol yang kononnya boleh murah di zaman ni , rupanya sama je mahal... tol pun tak turun harga ! Hahaha.. Tu belum lagi part makan minum di luar ! Serba serbi mahal. Sebab tu ramai pakat pakat gi cuti negara seberang dari dalam negara sendiri ! Mahaii kata rakyat sendiri tapi mereka yang datang dari luar pula kata murahhhh ! Adeh... 

Hurm.. Korang camana ?? 


Tenang bila mereka belajar secara online di www.flyhigh.my

You May Also Like

1 comments