Kawan Facebook aku ni ada PCOS dan dia boleh mengandung !

by - Khamis, Disember 07, 2023

Segalanya bermula ketika aku nampak seorang kawan gym aku ni makan di Nasi Ayam Mafia. Dia ambil nasi sikit sangat jer. Sayur banyak dan seketul ayam bakar. Kalau makan pagi pagi kat Nasi Ayam Mafia ni, ada ayam bakar dan sangat sedap ! Cicah ngan sambal Mafia.. perghhh ! Padu.  

Orangnya kecil je. Macam anak dara tapi dah lebih 40an rasanya. Dia coach zumba. Aku terfikir.. dia makan nasi banyak tu je tapi tiap kali kat gym , dia bersenam mau dekat sejam lebih. Pastu petang atau malam, ada kelas zumba lak. Fuh, banyak tenaga dia ! 

Kemudian di Tik Tok, aku ada ada tonton video dari doktor doktor yang memberikan tips tips kesihatan. Tak semua aku percaya. Namun tak salah aku mencubanya. Kemudian satu pakar kesihatan ni menceritakan mengenai NASI. Benarlah fakta dia. Bukan salah nasi tu tapi cara prosesnya. Aku tak nak ulas bab ni. Korang boleh google dan cari sendiri fakta mengenai beras yang dipolish ni. 

Sejak tu , aku nekad untuk berhenti makan nasi putih terus. Sebelum ni aku pernah buat dalam seminggu dua tapi pastu aku makan nasi semula. Memang berat badan turun tapi lepas aku makan semula, nafsu makan menjadi jadi. Itu bahayanya. 

Alhamdulillah, lagi beberapa hari.. genaplah aku setahun tak makan nasi. Ketika aku ceritakan di media sosial, ramai hentam aku. Katanya nasi tak bersalah. Yang bersalah tu kita. Cara kita makan. Benarlah.. nasi tak bersalah. Burger pun tak salah. Hotdog pon tak salah. Semua makanan tak salah. Yang salah tu kita ! Sebab tulah aku buat cara begini sebab aku tau kelemahan aku yakni , jangan mulakan. Kalau mulakan, aku tak boleh berhenti. Cara terbaik, jauhi ! 

Maka aku mulakan dengan mengawal pengambilan gula putih. Yang ni aku dah buat rasanya dari tahun 2021 lagi atau masa PKP tapi masih ada masalah pada perut. Pada tahun 2022 , aku nekad ubah diet pemakanan aku. 

Berhenti ambil GULA PUTIH
Berhenti makan makanan proses / ultra proses / makanan segera 
Berhenti makan roti putih 
Berhenti makan tepung putih ( roti canai , roti nan )
Berhenti makan nasi putih 
Behenti makan malam ( makan sebelum jam 8 )

Awal awal memang susah. Nasib baik aku amalkan air halia yang mana kesan ketagihan pada gula berjaya aku kurangnya. Malah nafsu makan pun aku berjaya kawal. Sejak tu, berat badan aku turun dari 90+kg ke 80+kg.  Sekarang dah 81. Alhamdulillah. 

Aku punya style ni , ada yang kata ekstrem ! Kejam. Itu tak boleh.. ini tak boleh ! Haish... Hekler.. rileks la. Aku masih makan di kedai mamak. Aku masih makan di gerai gerai. Konsep aku, selagi  makanan tu terdiri dari makanan yang berkhasiat. Bukan khasiat yang ditambah tau. Original punya. Cenggitu... 

Apa kesannya lepas aku buat menda gini ?  Hurm.. paling ketara , tekanan darah tinggi aku terkawal. Dulu aku ada HYPERTENSION. Pastu ada masalah dengan anxiety, pedih ulu hati , kembung perut, sakit sendi otot, mudah sakit kepala pagi, sembelit , berjerawat muka dan kurang hensem. Alhamdulillah , dengan izin Allah... satu demi satu menghilang tapi tak semestinya dah tak kembali tau. Masih boleh kembali jika aku tak jaga makan semula. 

Rupa-rupanya... dalam diam , ada yang ikut jejak aku. Dan ianya memberi impak positif pada yang benar benar komited. Alhamdulillah ! 





Ibu dan babynya sihat. Comel babynya. Dia tunjuk gambar kat aku. Terharu aku.

Awal awal dia cakap pasal PCOS.. Aku tak tau pun amenda tu. Itu kali kedua aku ditanya mengenai PCOS. Kali pertama, ketika aku buat fisioterapi di satu pusat ni. Dia tanya aku camana nak diet jika orang tu ada PCOS. Aku terdiam. Amenda tu ? Sehinggalah semalam , akhirnya aku google mencari jawapan... 

Jawapan secara umumnya.. 

' PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit '

 


Rakan rakan pembaca lelaki sekalian. Jika ada dalam ahli keluarga anda punya masalah begini, jangan segan segan rujuk pada doktor ya. Jangan... " OOOOOOO" jer tau. Haaa.. ambil tindakan. Dan mereka yang nak cuba style pemakanan aku ni , dinasihati buat pelan pelan. Jangan terus mendadak. Nanti korang akan stress. Enjoy life bro ! Tapi ingat.. makan tu , ingat dunia. Makanlah makanan yang menjadi ubat pada tubuh badan. Jangan sampai ubat menjadi makanan ! 

Bagi mak ayah yang ada anak di bangku sekolah, mencari kelas tambahan secara online , boleh tengok pakej pakej subjek di www.flyhigh.my

You May Also Like

0 comments