Aku tak punya ramai kawan..

by - Rabu, Disember 13, 2023


Baru aku terfikir mengenainya. Tau tau keluar di depan mata. Satu tajuk yang aku rasa ramai yang mengalaminya sekarang terutama mereka yang tergolong seperti aku. Dah berkeluarga dan berusia. Hee.. ditambah lagi jadi suri rumah ! Memang payah dah nak berkawan. Bukan tak nak tapi.. cam memilih sedikit kerana masa yang ada pun cukup cukup untuk diri sendiri jer. 

Bukan tak nak berkawan. Bukan tak nak keluar melepak dengan kawan kawan tapi rasa cam... bila nak keluar tu tengok muka anak anak , rasa cam.. kesian kat diorang. Kalau keluar dengan diorang , mesti diorang akan gembira. Ditambah pula kita kena tunjuk contoh dan teladan pada mereka. Apa yang bagus untuk mereka amalkan ! 

Healing time ? Heheee.. buat je ngan anak anak walaupun akan stress ! Sementara anak anak masih kecil. Dah besar nanti.. rumah tu akan sunyi.. 




 

Pengalaman kehidupan mengajar aku. Kawan yang datang biasanya bersebab. Mereka akan pergi setelah dapat apa yang mereka inginkan. Yang benar benar tulus dan ikhlas nak berkawan, mereka akan  terima baik buruk kita. Dan aku... dah letih nak kena tikam dari belakang ! Biarlah aku abiskan usia aku ni dengan menikmati kehidupan dengan cara yang sihat dan tenang.

You May Also Like

0 comments