Ramai tak sedar bermasalah dengan mata mereka !

by - Isnin, Disember 18, 2023

Aku yakin korang pernah alami masalah seperti di bawah ni, kan ? Mereka yang punya masalah dengan mata pastinya akan terasa sukar sedikit ketika memandu. Sejujurnya , dalam keadaan begitu amat berbahaya sama sekali. 

Ya..dulu aku selalu alaminya. Di pagi hari ketika matahari naik, tepat menembak cahayanya melalui cermin depan kereta membuatkan aku terpaksa memandu perlahan dan berhati hati. Dan ketika memandu malam hari pula dengan gangguan cahaya lampu putih dari kenderaan depan mahupun belakang. Aduh.. sangat menyeksakan mata sama sekali ! Boleh membuatkan kita terbabas atau melanggar kenderaan di hadapan. Jangan main main ya. 

Itu belum kena lagi bertentangan dengan lori atau kereta 4x4 yang tinggi lampu mereka. Memang sungguh geram la. Aku tak tau la apa penguatkuasa buat sekarang ni. Makin menjadi jadi. Siap motor pun dah ada yang guna lampu putih ni. Kalau original , tak pe.. ni yang jenis murah dan tiruan. Dia punya sakit mata tu macam kena tembak ngan lampu limpah stadium bola tu ! 



Apakah solusi yang ada untuk menangani masalah silau ni ? Bagi mereka yang berkacamata , korang boleh ke Eyes Vision Group di Sungei Wang Plaza dan menempah cermin mata dengan lens Alpha 2.0 yang mana lens ni akan membantu menapis silau cahaya. Menarik kan ?

Atau korang boleh tambah photogrey atau tukar gelap pada lens tu. Siap ada power ! Ada pilihan dan kedua duanya murah jer. Dan kedua dua lens mampu membantu kita ketika memandu atau berada di situasi seperti di gambar. InshaAllah. Apa pun.. dapatkan pemeriksaan pakar mata terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. 

Sejujurnya... Kalau dulu, boleh cecah ribu saja untuk dapatkan lens atau kanta begini. Sekarang , ada pilihan mengikut bajet kita. Dan tempat yang aku cadang ni bukanlah sehari dua baru buka. Dah cukup lama dan mereka berpengalaman.


 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 



You May Also Like

0 comments