Sedap laksa tapi bagi mereka yang ada angin , sila berhati hati !

by - Khamis, Disember 21, 2023

Alhamdulillah.. selamat tiba di Pulau Pinang , petang semalam. Perjalanan lancar dari Sepang. Bertolak sekitar jam 10 pagi dan tiba di destinasi dalam jam 3 gitu. Ikut waze , dia kasi masuk dari jambatan ke 2 dan terus ikut 'pintu belakang' yakni melalui Balik Pulau dan terus ke hotel. 

Wahh.. ikut Balik Pulau ni memang best ! Maklumlah, arwah ayah aku asal dari situ. Boleh lalu kampung aku. Terubat rindu cuma tak singgah je la sebab nak cepat sampai hotel. Wife ada program belah malam. Tujuan ke sini pun atas urusan kerja. 

Anak anak bunyi lapar dah. Nak makan apa eh ? Takkan nak cari nasi kandar ? Hahahaa... Adoilah. Wife kata nak sesuatu yang menarik. Tak nak makan di restoran macam di KL tu. Dan Balik Pulau ni memang sangat sesuai la nak cari tempat makan gitu. Tambahan lagi , Balik Pulau ni memang ramai  penduduk jati meniaga makan tepi jalan. 

Dan ternampaklah..... terus aku buat u-turn dan singgah makan. Wife tapau cakoi dan sedikit kuih muih sebelum makan laksa roda tiga ni. Sebenarnya mencari gak laksa jaguih tapi tak nampak lak. Aku malas nak mencari sebab badan sedikit penat. 


Aku pun makan la laksa. Sedap ! Kena dengan tekak aku. Wife lak kata biasa jer. Aku rasa dia mencari asam laksa. Aku pun buat penerangan la. Kalau nak cerita bab laksa ni , panjang. Bukan ada sejenis dua laksa di Malaysia ni. Ada banyak laksa termasuklak Man Laksa ! Hahahaha... 

Sebenarnya aku risau nak makan laksa ni. Teringat sebelum ni aku pernah makan laksa kawan aku jual. Petang tu jugak aku diserang angin. Perut jadi kejang semacam. Abis tarik belikat aku. Menderita jap. Tapi bila aku makan laksa di Umai Cafe , Putrajaya.. ok lak ! Begitu juga laksa di Teh Tarik Place.. ok je ! 

Ingat punya ingat.. rupanya perut aku ni leh masuk asam laksa jer ! Laksa begini , aku tak boleh dan aku yakin mereka yang ada masalah seperti aku ni, turut begitu. Aku tak tau la samada punca dari otak udang yang aku tambah atau ikan yang digunakan. 

Syukurlah aku dah standby serbuk halia ! Apa yang aku buat... aku panaskan air dan letakkan suku sudu teh serbuk halia dan kacau. Minum sehingga abis. Pastu bancuh sekali lagi selepas 10 minit. Minum lagi. Sampai la aku rasa nak buang air besar. Kasi clear perut ! Barulah lega. Sapu minyak angin kat perut.. dan tidur. Bangun tidur.. alhamdulillah , ok. 

Serbuk Halia ni memang jadi peneman aku ke mana saja aku pergi. Bukan saja untuk perut tapi juga untuk membakar lemak ! Setiap pagi , sebelum dan selepas makan mahupun sebelum tidur , aku akan minum segelas ! Ada yang kata mahal dan boleh dapat murah lagi di pasaran tapi bagi mereka yang dah cuba.. mereka akan kembali membelinya dan mengamalkan setiap hari. Kata mereka , serasi dan bagus untuk kesihatan. Alhamdulillah.. dengan izin Allah. 

Nampak gaya.. aku kena cari makanan berprotein tinggi je la kat sini.


You May Also Like

0 comments