Urut atau fisioterapi ? Mana lagi ok ?

by - Rabu, Disember 06, 2023


Setiap hari aku workout. Awal pagi , kardio seperti berjalan dan berlari. Pastu petang gi gym. Kekadang tu, siap sambung main badminton dengan si sulung, Qhaliff.  Gitulah rutin aku sejak buat kerja sendiri ni. Dah 12 tahun gini yer. Anak anak semua aku jaga sendiri kecuali bila ada kerja luar , terpaksa minta tolong keluarga terdekat atau kenalan rapat jagakan. 

Tersasar lak cerita aku. Ok ok...Sebenarnya aku nak kasi tahu korang , badan penat wo ! Bila badan penat, mental pun kacau. Bila dah dua dua penat , mulalah sakit sana sini. Paling naya bila otot otot badan mula sengal sengal. Terasa la macam sakit sendi seperti lutut dan siku. Nak lagi naya, jika melibatkan urat belikat.. macam aku la ! Hahahaa.. 

Sapa yang pernah kena sakit belikat ni, tau la camana rasanya. Dari hujung kaki sampai ke hujung kepala tangkapnya ! Perut pun boleh jadi kembung. Bila nak membuang , nak duduk pun sakit. Acaner tu ? Padahal punca asalnya sekecil anak je tapi kita biarkan. 

Aku ke The Rehab & Physiotherapy yang terletak di Bandar Baru Saujana , Puchong.  Boleh dikatakan 2 bulan sekali aku datang sini untuk membetulkan badan aku ni. Dan kali ni, aku syak belakang aku ada masalah. Ketat sungguh jadinya. Bila nak bangun tidur tu, pergh.. dia punya tarik... membongkok aku jadinya. Maka aku kena buat regangan dulu sebelum bangun dari katil.

Ketika rawatan diberikan , Puan Atikah selaku fisioterapis senior di sini membuat pemeriksan. Dia tahu kaki aku ni ada masalah sebab dia yang betulkan kaki aku selama ini. Yer , dulu kaki aku ni sangat bermasalah gara gara main futsal. Macam terlucut dah tempurung kepala lutut tu bila aku berjalan. Terpaksa pakai knee guard.  

Akhirnya , punca dari masalah aku ialah di bahu kiri yang terlalu kerap guna. Maka dibuat rawatan di situ. Dia punya nikmat.. perghhh ! Tak terkata. Terlena aku terus pastu. Sedar dari lamunan , terus cerah mata. 

Alhamdulillah, ada perubahan  selepas tu. Ianya memgambil masa untuk pulih sepenuhnya. Aku kena berehat dan jika nak bersenam, ringan ringan je dulu. Asalkan berpeluh.  Cenggitu. Oh ya, ada yang tanya kenapa tak gi urut jer ? Hurm... 

Aku bukan tak caya pada tukang urut tapi bagi aku , fisioterapi ni lebih mendalam cara mereka. Tapi kena cari yang berpengalaman la. Mereka lebih maklum keadaan diri kita termasuklah apakah mereka boleh buat atau nasihatkan kita ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu. 

Perbezaan antara Ahli Fisioterapi dan tukang urut adalah :
Fisioterapi ialah salah satu cabang dalam bidang perubatan bertujuan membantu mengembalikan fungsi badan atau keupayaan fizikal manusia ke arah paling optimum. Ahli Fisioterapi mendapat bimbingan dan didikan dari kolej dan universiti perubatan. Mereka mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (K.K.M).

Tukang Urut pula lebih kepada membantu melegakan lenguh-lenguh badan, relaxation dan melancarkan pengaliran darah. Tukang urut adalah orang mendapat bimbingan dan didikan daripada orang yang lebih senior. Biasanya mereka menggunakan tangan dan tekanan semasa urut.
Rawatan Fisioterapi terbahagi kepada 4 :

1. Manual Terapi a) Mobilasi Tulang b) Manipulasi Tulang a) Mobilasi Tulang b) Manipulasi Tulang c) Urutan 2. Elektroterapi a) Ultrasound b) T.E.N.S c) IRR d) Shockwave & etc 3. Senaman a) Regangan dan kekuatan 4. Psikologi a) Berperanan menaikkan semangat serta memberi motivasi kepada pesakit

Kepakaran Fisioterapi merawat : 1) Kepatahan Tulang ( Pemulihan selepas pembedahan) 2) Strok (Angin Ahmar) 3) Sakit belakang 4) Sakit lutut 5) Kecederaan sukan 6) Masalah kardiorespiratori 7) Masalah kanak-kanak
8) Bell’s Palsy (Muka)

Untuk pengetahuan , fisioterapi memang ada belajar mengurut tetapi ahli fisioterapi bukannya tukang urut kerana urutan itu hanya sebagai salah satu dari rawatan yang disediakan dan bukan semua keadaan sesuai di urut dalam rawatan fisioterapi ini.


Berminat, boleh hubungi mereka di :

The Rehab & Physiotherapy
Alamat  :  24, Jalan SP 5/4, Bandar Saujana Putra, 42610 Shah Alam, Selangor
Tel dan Whatsapp : 011 5553 2903


You May Also Like

2 comments