Cara aku hilangkan buncit !

by - Selasa, Disember 05, 2023

Aku bukan boroi atau gemuk apatah lagi obesiti. Walaupun berat aku pernah lebih 90kg tapi aku belum dalam kategori obes. Tapi pinggang tu memang menakutkan la. Dah terpaksa beli seluar baru bersaiz 38 ! Tu pun ketat skit. Fuh.. tali pinggang pun terpaksa tambah lubang. Menakutkan ! 

Paling menakutkan , aku mula semput dan mengah bila menaiki tangga walaupun aku hari hari bersenam. Apa kes ???? 

Puncanya ialah.. pemakanan ! Kau bersenam la camana pun selagi mana kau tak jaga makan , memang hancur ! Melainkan korang ada amik suppliment tambahan yang mengandungi bahan bahan yang.. hurm... aku malas nak cerita dalam ni ! Aku pernah amik satu tika dulu. Ada yang berkesan. Ada yang tidak ! Tapi segalanya mempunyai kesan sampingan pada badan kita. 

Bermula dari usia 20an hingga tahun lepas. Aku gagal bahagian perut ni. Puncanya aku berpegang pada mereka iaitu MAKAN JE APA NAK MAKAN ASALKAN BERSENAM ! Aku yang mangkok bab ilmu kesihatan ni pun ikut je la. Kononnya nak bulking.. buat size serupa gergasi. Baru orang kagum ! Hahaha.. pala otak ! Bengap jugak aku rupanya dulu. Hahahaha.. 

Dan kesannya.. aku ada tekanan darah tinggi , pedih ulu hati , asid refluks , selalu sakit kepala di pagi hari, mudah kembung, sembelit , cepat mengah , sakit lutut , sakit sendi , mudah stress dan muka kerap berjerawat. Ada lagi tapi aku lupa.. 

Apa yang aku buat ??




 Aku amalkan air halia setiap pagi. Bukan sebarangan air halia tau. Pastikan guna serbuk halia 100% asli dan bermutu tinggi. Maklumlah , kau nak kasi masuk dalam perut.. takkan nak ada bahan tiruan atau tambahan mahupun guna halia asli yang dah rosak atau rejek ? Haaa.. 

Minum setiap pagi dan malam. Masa workout pun aku minum. Pastu , telur setengah masak dalam 3-4 biji selepas workout. Sebelum workout , tak makan. Saja aku nak gunapakai tenaga yang sedia ada dalam badan. 

Tengahari , baru aku makan banyak sikit tapi sejujurnya aku kasi tau.. aku tak makan nasi putih ! Dah nak setahun aku tak makan nasi putih. Nasi goreng ke , nasi beriani ke , nasi arab ke.. yang semua ni dulu adalah kegemaran aku. Semua tak makan. Aku cuma makan lauk pauk jer. .

Dalam jam 2-3 petang tu, aku amik protein shake. Aku gabungkan dengan kekacang seperti almon dan walnut. Atau aku tambah dalam yogurt greek. Sedap !! Hee.. yogurt ni bagus untuk perut. Ada probiotik. 

Sebelum jam 8 malam.. makan. Aku ratah lauk terutamanya yang tinggi protein dan fiber. Maaf yer.. kalau korang jenis nak buat badan besar , korang kena guna formula lain. Formula aku ni lebih untuk leankan badan jer. 

Tiada lagi makan selepas jam 8 malam kecuali kalau lapar , aku makan je buah buahan yang ada seperti kurma , tembikai , oren dan epal. Pastu tidur awal. Kalau korang kaki movie sebelum nak tidur tu, tengok je la dalam setengah jam gitu.. Tapi lebih baik jangan la buat. Nanti korang akan kelaparan. 

Kesan dari amalan aku ni , aku dah tak sakit sendi.. tekanan darah pun cantik dan segala masalah dengan dah normal. Tapi aku masih teruskan berpantang seperti tiada makanan segera , makanan ultra proses dan paling utama , NO SUGAR !  

Korang cuba seminggu dua dan tengok kesannya. Kalau korang berjaya berikan komitmen, inshaAllah badan akan ok. Jangan lupa.. sekarang musim Covid 19 dan Influenza. Kalau badan tak ok, kalau kena virus.. hurm... 

You May Also Like

1 comments

  1. selain tu air halia ni kalau perut lain macam sebu makan berminyak banyak sangat pun sesuai bancuh. terus lega.bila sebu mula lah mual ,pening bagai

    BalasPadam