Anda peminat Ultraman ? Jom ke Ultra Heroes Jelajah Asia Tenggara 2023 di Paradigm Mall !

by - Sabtu, Disember 02, 2023

Mereka kembali dengan penuh gaya dan bumi Malaysia sungguh bertuah kerana dipilih oleh Ultraman Blazar untuk muncul buat pertama kali di Asia Tenggara ! Bermula dari 30 November 2023 hingga 10 Disember 2023 bertempat di Paradigm Mall , Petaling Jaya para pengunjung akan berpeluang menonton persembahan Ultraman Blazar melawan Volcan iaitu raksasa ganas dan juga membeli figura figura Ultraman yang menjadi idaman ramai. 

Jelajah Ultra Heroes ini dibawakan khas oleh Bandai Spirit Co.Ltd dengan kerjasama Bandai Namco Asia di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Tarikan utama pastinya persembahan  pertempuran melibatkan aksi aksi sinematik yang pasti mengujakan anda. Persembahan hanya ada pada hujung minggu iaitu 2,3,9 dan 10 Disember pada jam 1 petang , 4 petang dan 7 malam. 

Sedikit info mengenai Ultraman Blazar. Giant of Light ini berasal dari M421 , sebuah blazar yang jauh dari bumi.Ultaman Blazar berketinggian 47 meter dan seberat 42,000 tan. Alat transformasi Ultraman Blazar dinamakan Blazar Brace yang akan muncul di lengan kirinya bila nak bertukar. 

Selain itu , tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun , Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam siri Ultraman Blazar yang bakal disiarkan tidak lama lagi.  




Khas buat pengumpul atau peminat anime , Tamashii Nations membawa 3 barangan ekslusif baru seperti S.H Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver , S.H Figuarts Ultraseven ( The Mystery of UltraSeven ) dan FiguartsZero ( Extra Battle ) Super Saiyan 3 Son Goku- Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition dan juga S.H Figurats Ultraman ( The Rise Of Ultraman ). 

Selain menyaksikan  persembahan secara langsung Ultraman Blazar , korang berpeluang membeli barangan ekslusif  yang biasanya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Tak perlu bersusah payah dah terbang ke luar negara untuk memiliknya lagi ! Terhad.. 





Masuk adalah percuma. Dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas. Jika bawah umur , mestilah ditemani penjaga.  Selepas Malaysia , mereka akan ke Thailand dan Indonesia pula. 

Jangan lupa datang !! 



You May Also Like

0 comments