Nak ke mana cuti sekolah ni bersama anak anak ?

by - Khamis, Disember 14, 2023


Minggu depan , cuti sekolah. Pastinya mak ayah dah ada perancangan nak bawa anak anak berjalan sana sini atau ke tempat percutian. Dan aku tahu, ramai juga mak ayah pening masih belum punya perancangan dek kerana faktor kewangan. Mencari yang bajet mengikut baki duit yang ada di dalam poket. Yang dah menyimpan dari awal tahun mungkin takda masalah. 

Ada banyak tempat menarik yang baru dibuka. Percuma ada.. yang berbayar pun ada. Antaranya yang aku dengar Big Bucket Splash di Gamuda Garden Waterfronts , Rawang. Tiket pun murah je nak dibandingkan dengan Gamuda Cove Dengkil. Tapi pastinya jauh berbeza la permainan dan keseronokkannya. Ikut bajet kita la. Kedua dua ni , aku belum pergi. Heee.. 

Kalau nak lagi murah dan percuma , ada jer. Kena mencari sedikit la seperti di Putrajaya atau Cyberjaya. Tak pun bawa anak anak ke Perpustakaan Negara , Muzium Negara atau berjalan jalan ke Taman Tasik Titiwangsa dan sebagainya.

Aku ? Ada dah perancangan nak ke mana. Takda la luar negara. Dalam je la dulu. Dengan faktor ekonomi sekarang ni, kita bantu rancakkan ekonomi dalam negara dulu. Hee.. Patriotik sungguh walhal duit cukup cukup je ni. Hahaha.. InshaAllah.. ada rezeki lebih , baru fikir ke luar negara. Sasaran... New Zealand ! 


Perancangan berjalan ke 3 negeri. Bermula dari Pulau Pinang, beberapa hari. Ini pun sebab kerja je ke sana. Pastu ke Kedah. Kalau ada rezeki, boleh ke Perlis tapi bergantung pada keadaan cuaca. Pastu ke Kelantan. 

Ke Kedah ni, aku suka ! Kedua dua tempat ni , pernah pergi pada tahun 2017. Aku kembali sebab ada banyak perubahan. Yang pertama , Dusun Tok Wak Desa Sentosa di Baling. Tempat ni memang menjanjikan keseronokkan beriadah dan makanan kampung yang disediakan sangat sedap ! 

Ketika PKP , pemilik resort ni membuat penambahbaikan dek kerana permintaan yang tinggi. Aku sendiri dok ikut perkembangan semasa Pak Long mengubahsuai  tempat ni. Aku sekeluarga akan menginap sehari di sini untuk menikmati suasana kedamaian kampung. Alhamdulillah , setakat ni.. tempat ni terjaga dan jauh dari banjir. 




Dah puas mandi air sejuk , kita naik atas sikit. Dalam 10 minit jer. Ulu Lengong Hot Spring. Kalau korang suka mandi air panas, sini malam malam memang meriah giler ! Sampai ke subuh penuh orang. Huhuh..  Memang seronok aih ! 

Yang penting... walaupun bercuti, kita tetap belajar ! Buka sekolah , ada peperiksaan penting ! Nah.. walaupun sekadar peperiksaan , kita kena juga ambil berat sebab nak tau di mana tahap kemampuan anak anak kita. Kesian mereka. Kita tak pe la.. Dah ada kerja. Dah ada pendapatan. Mereka ? Hala tuju kehidupan masih terlalu jauh. 

Oh ya... bagi yang tak pergi mana mana tu , boleh la antar anak anak ke bengkel bengkel persediaan yang dianjurkan oleh Flyhigh Education Centre. Sangat berbaloi baloi. Cikgu cikgu pun sanggup tak bercuti dek kerana nak turunkan ilmu pada mereka yang cintakan ilmu. InshaAllah. 



Pelbagai program pendidikan di musim cuti sekolah di Flyhigh Education Centre. Sebarang pertanyaan , boleh whatsapp ke wasap.my/601115302077
 
Ke mana pun kita pergi, jagalah kebersihan dan Stay Safe! 

You May Also Like

1 comments