5 sebab kenapa kena singgah makan ke Nasi Ayam Mafia , Sepang !
Dalam seminggu , aku mesti singgah sini 2-3 kali. Qhaliff adalah punca utama. Dia sering 'terliur' bila lalu sini. Dia hantu ayam sungguh. Kat sini ada dua jenis ayam. Ayam bakar dan ayam goreng. Dua dua sedap ! Kalau korang suka yang pedas , boleh amik ayam gorengnya. Kalau nak diet macam aku , amik ayam bakar dia.
Pastu kat sini ,aku suka sistem giliran dia. Kemas dan teratur. Cara pembayaran pun ada pelbagai. Ikut kesesuaian pelanggan. Kesemua cara mudah dan pantas. Pastu tempat letak kereta kat sini , besar dan luas. Nak parking depan restoran pun boleh. Inshaallah selamat.
Sebab ke 3 , bersih , selesa dan damai ! Yang ni aku suka. Kalau datang petang petang, tenang jer. Pelanggan yang datang biasanya terdiri dari mereka yang berkeluarga, pelajar dan juga bekerja di kawasan berhampiran. Ada juga yang datang dari jauh semata mata nak menikmati masaka kat situ.
Apa yang sedap ? Yang ni sebab ke 4... Korang patut cuba cendol dan juga Sagu Gula Melaka ! Kalau layan time panas hari , perghhh.. dap dap !! Air manis yang lain sedap sedap. Ikut tekak korang la. Aku suka Sagu Gula Melaka dan mintak kurang manis. Hee.. sesekali layan !
Sebab ke 5...Murah dan puas ! Aku tak la kata harga dia , harga rahmah tapi bagi aku , murah dah sebab dia cuma kira ayam dan nasi je. Kuah , sayur... korang boleh je gi tambah ikut suka hati korang. Nasi pun boleh tambah tanpa perlu bayaran tambahan ! Nahh... apa kes ??? Best la kan ?
Nasi Ayam Mafia ni terletak di Sepang. Kalau dari Putrajaya tu, dalam 30 min jer. Tak jauh pun. Perjalanan ke sini , best kalau ikut Jenderam. Kalau ikut highway tu, pun best. Sebenarnya ada banyak tempat makan menarik di Sepang ni tapi aku lebih suka singgah makan sini. Aku yakin tahap kebersihan mereka..
Jangan lupa tapau !
Tandas yang bersih dan surau turut disediakan. Staff diorang , paling aku suka. Mesra alam. Baik dan mesra. Takda la nak muka ketat gitu. Pantas buat kerja. Kalau makanan tak abis , korang boleh tapau bawak balik umah. Dan jangan lupa.. dorang amalkan konsep refill ! Yang ni, korang kena gi sendiri tanya part mana boleh refill. Aku selalu refill air kosong jer. Hee.. diet !
Alhamdulillah , mereka dah buka satu lagi premis berhampiran untuk mereka yang nak drive thru jer. Cepat dan pantas. Kalau nak order online pun ada. Laju ! Kalau tanya aku, mana best ? Aku suka gi makan sana lagi. Leh lepak sambil cuci mata. Menghirup udara segar dan layan kicauan burung.. Gitu !
Yang penting... HALAL dan takda kaitan dengan Israel ! Hee... Boss Ayam Mafia pun cukup jaga staff mereka. Walaupun hari hari buka tapi staff tetap dapat cuti dan bonus.. Staff aset utama !
Info lanjut : https://mafia.com.my/
1 comments
boleh try ni
BalasPadam