Minggu Solidariti Palestin di sekolah sekolah...
Aku download dan print jer. Pastu letak dalam cover putih plastik dan berikan pada Qhaliff untuk dibawa ke sekolah. Kalau cikgu tanya kenapa takda bendera Palestine maka jawablah kamu..."dah cari dan tak jumpa di kedai ". Kalau cikgu tak kasi guna , simpan je dalam beg.
Kalau cikgu tanya Qhaliff , "kenapa kamu sokong Palestine ? " Nak jawab camana ? Terdiam seketika dia walaupun dah berkali kali aku ceritakan mengenai Palestine. Nah , jawab macam ni je Qhaliff. " Masjid Al Aqsa yang terletak di Gaza, Palestine adalah tanah suci orang Islam dan juga merupakan kiblat pertama umat Islam. Maka saya sebagai orang Islam, wajib mempertahankannya. Pastu 10 nabi atau rasul pernah tinggal di Palestine " .
"Sapa 10 orang nabi tu , daddy ? " tanya dia.
Aku yang kebetulan baru on komputer, terus google mencari jawapan lengkap dan jumpa.. Aku panggil dia dan sama sama membaca. Dan dia pun, owh...
" Sebab itu kita kena rajin membaca berbanding menonton. Bila kita membaca , kita akan lebih faham dan ingat berbanding menonton. Faham ? " jelas aku. Dia angguk.
" Dah.. jom gi sekolah.. " ajak aku.
Semoga Allah lindungi bumi Palestine dari mereka yang ingin merosakkannya !
0 comments