Aktiviti hujung minggu !

by - Isnin, Oktober 30, 2023

Hari minggu menjelma lagi ! Aktiviti biasa... ke pasar ! Aku suka gi pasar sekarang ni berbanding sebelum sebelum ni. Pasar kat Salak ni , bersih dan terurus. Tempat letak kereta pun besar. Macam macam ada jual kat sini. Part makanan memang mengiurkan aku tapi aku berusaha menjaga nafsu. Terlalu banyak makanan tinggi karbohidrat dan gula. Satu lagi punca yang aku malas nak membeli makanan siap kat pasar ni, terdedah begitu saja. Hurm.. sayang sungguh. Kalau dulu , aku memang tak kisah tapi sekarang, aku kena amik kisah dah... Kesihatan mahal harganya sekarang ni. 

Selesai part beli barang dapur , masa untuk urus rumah. Sejujurnya part ni , wife yang keluarkan perintah. Aku buat jer. Cuma ada beberapa part utama tu, dia buat sebab.. korang pun tau la kan.. cerewet ! Nak sempurna atau lebih bersih dari laki dia buat. Huhuh.. 




Petang.... beriadah di Putrajaya. Alhamdulillah , tak ramai lagi orang masa aku sampai sebab baru lepas hujan. Dapat la main basikal gergasi ni. Nasib baik aku rajin ke gym. Boleh gak la mengayuh bawak sekeluarga. Hahahaha.. Takkan nak naik basikal elektrik. Apa barang ! Kasi bersenam la skit .. kan ! Hidup jangan terlalu malas.. semua nak mudah jer. 



Alhamdulillah... masing masing gembira. Si kecil dah dapat kamera Insta 360. Dia tukang pegang dan jaga. Si Qhaliff... dapat kamera Sony aku. Masing masing dah nampak kecenderongan ke arah sana. Dari sekarang aku cuba terapkan. Nak paksa , takda la. InshaAllah.. sekurang kurangnya ada skill. 

Malam... kelas tambahan Bahasa Melayu bersama Flyhigh . Belajar , bermain dan bersantai.. hidup jangan stress stess ! Masa kita di dunia ni, singkat jer. Manfaatkan selagi ada. Jangan tunggu kehilangan.. baru nak menyesal. 

You May Also Like

1 comments

  1. Betul tu bro... Kena manfaatkan masa bersama keluarga selagi ada

    BalasPadam