Bagus ke kasi anak anak makan roti ?

by - Khamis, Oktober 26, 2023


Masih aku ingat lagi , kegilaan dan kewajiban makan roti setiap pagi ni bermula. Segala-galanya disebabkan PKP. Makanan mudah dapat ialah roti dan biskut. Dicanang-canangkan di media sosial akan berlaku kekurangan makanan dan pelbagai lagi propaganda ! Kesannya , roti menjadi pilihan utama. 

Sejak tu , setiap hari aku akan cari roti putih dan roti berkrim.  Tak cukup makan di rumah , bawa pula ke sekolah. Mudah untuk mereka. Tapi dalam tak sedar , rupanya semua itu membahayakan mereka. Bukan saja dari segi fizikal tapi juga kesihatan. Nah , tengok saja gambar di atas. Perut Zahra tu.. membuncit sampai gitu sekali ! 

Malah aku sendiri pun mendapat kesan dari gaya hidup dan diet pemakanan yang diamalkan. Mudah kembung , selalu sakit kepala di pagi hari dan mudah stress. Sembelit jangan cerita laa.. Nak membuang setiap pagi tu , memang payah la. Sakit sendi satu hal lagi.  

Teringat sekali tu, ada kawan tegur aku. Apakah aku ada asma atau lelah ? Dia tanya gitu sebab aku bernafas seperti semput ! Aku tak pernah ada masalah pernafasan sebenarnya tapi bila selepas dia tanya gitu , barulah aku perasan. Patutlah aku rasa cam payah nak bernafas atau bila berlari atau berjogging , aku cepat pancit walhal hari hari bersenam ! 

Bukan itu saja... dulu anak anak kerap kena demam selsema. Setiap minggu akan selsema ! Balik rumah, hidung mesti berair. Kesian kat diorang asyik nak kasi ubat ubatan doktor ni.Bukannya bagus untuk mereka pun. 

Alhamdulillah... segalanya berubah. Apa yang berlaku pada ibu mereka, mengubah segalanya. Perancangan Allah itu cantik sekali. Ada hikmah. Aku ubah diet pemakanan di rumah aku. Anak anak turut ikut sama dan ternyata banyak impak positif pada kami.





Aku , sebelum dan selepas. 

Ada yang kata jangan berkira sangat dengan anak anak atau jangan terlalu serius. Mereka perlu rasa semua itu juga. Aku bukanlah tak kasi langsung. Bila berada di luar rumah , atau makan di luar.. sesekali aku benarkan mereka rasa dan belajar akan perbezaan makanan yang mereka ambil. Apa khasiat dan manfaat , perlu mreka tahu. Apa kandungan terhadap satu satu makanan tu, perlu mereka pelajari. 
\
Kos perubatan masa kini , mahal ! Sekali gi klinik , confirm dah lebih RM50 ! Itu baru demam selsema. Sederhana ? Betul sederhana tapi kalau boleh elak , kenapa kita nak kasi anak anak makan makanan yang bukan makanan walhal bersepah makanan sebenar di luar sana ?  

Oh ya.. jika anak anak korang lemah dalam pembelajaran dan perlukan kelas tambahan secara online , boleh layari www.flyhigh.my ya. Banyak pakej mata pelajaran utama dari Tahun 3 hingga ke Tingkatan 5. 

 




You May Also Like

1 comments

  1. sekrg rawatan paling murah rm80 utk demam batuk selesema.. mana yang boleh kita elak, elakkan.. xbuat semua, buat sikit pun ok..

    BalasPadam