Perhatikan anak anak anda.. kalau dia buat begini, itu tandanya masalah besar !

by - Isnin, Oktober 02, 2023


Tergosok gosok matanya. Mengecilkan matanya ketika memandang sesuatu yang agak jauh atau berdekatannya dengannya. Atau sudah kelihatan seperti juling itik. Kerap mengadu sakit kepala. Dan mereka dengan gajet , tidak dapat dipisahkan. 

Jangan biarkan ! 

Dapatkan pemeriksaan doktor mata. Pastikan puncanya. Jika itu tanda tanda berpunca dari aktiviti mereka bersama gajet, dapatkanlah rawatan. Kesian mereka jika dibiarkan. Bukanlah perkara kecil yang patut diambil mudah.

Aku ada kawan yang jauh muda dari aku tapi matanya bergantung 90% pada cermin mata dek kerana kesilapan masa lalunya. Nak menyesal , sudah terlambat cuma bernasib baik tidak hilang penglihatan. Aku sendiri pun sudah memakai cermin mata ketika berusia 7 tahun dek kerana suka membaca dalam gelap bertemankan lampu suluh ! 

Haih... 

Cuma aku bernasib baik, di usia hampir cecah separuh abad ni , mata aku tidaklah memerlukan power yang tinggi. Aku cuma bermasalah dengan silau dan sedikit rabun dekat. Kiranya kalau bersukan tanpa cermin mata seperti bermain badminton dan bola sepak, aku masih boleh nampak dengan jelas. Alhamdulillah.. 

Tapi untuk lebih jelas... aku tetap gunakan cermin mata terutama ketika menggunakan gajet seperti komputer dan telefon pintar. Kalau pakai , cerahlah duniaku. Heeee...


Zahra, anak dara aku sorang ni.. dia tak rabun tapi aku saja bekalkan dia cermin mata ni untuk menghalanga cahaya biru dari masuk ke matanya. Cahaya biru ni mampu beri kesan sampingan pada otak kita. Kalau kita tengok skrin di malam hari sebelum tidur, pasti tidur tidak akan lena dan seterusnya boleh mengakibatkan kita alamai depresi. Jika dibiarkan , lama lama akan merosakkan retina mata kita. Jangan sampai itu berlaku ya.. 

Cermin mata dengan kanta Alpha Blue 2.0 dari Eyes Vision Group ni , sangatlah rahmah harganya. Dengan bingkai yang terkini dan tahan lasak , sesuai untuk anak anak yang ingin melindungi mata mereka dari cahaya biru ini. 

Tolonglah ibu dan ayah.... lindungi mata anak anak kita. Jika mereka jenis kerap mengadap gajet, dapatkan satu untuk mereka sekarang ! 




  Info lanjut 
Instagram : Eyes Vision Group
Facebook : Eyes Vision Group
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

You May Also Like

2 comments

  1. macam comel je spek mata macam tu tapi kita tak sesuai pakai. kembang bila pakai tudung,,hehe

    BalasPadam
  2. ok. boleh beli lah cermin mata untuk anak2 tengok gajet. :)

    BalasPadam