Kelas tambahan online di www.flyhigh.my
Setiap hari Ahad , barulah aku terasa sangat kepenatan ! Dari hari Isnin sampai Sabtu, aktiviti harian aku yang bermula dari jam 5 pagi akan berakhir sekitar jam 11 malam. Dibantu sang isteri uruskan anak anak sambil mencari rezeki di zaman ni memang mencabar sama sekali. Ditambah pula anak anak semakin membesar dan banyak keperluan mereka terutama dari segi pendidikan perlu dititikberatkan.
Bukanlah mengejar kecermelangan dan kesempurnaan memandangkan diri aku sendiri pun banyak cacat celanya tapi biarlah anak anak mendapat kasih sayang dan didikan yang sebaiknya bermula dari mak ayah sendiri.
Aku sendiri kena tunjukkan contoh yang baik buat mereka. Aku bukanlah ayah yang sempurna , jauh sekali cemerlang dalam kehidupan tapi sekurang kurangnya biarlah mereka nampak kebaikan dan ingat akan aku lakukan pada mereka agar mereka dapat turunkan pada anak anak mereka nanti, bila sampai masanya.
Sabtu lepas , ada perjumpaan dengan guru guru kelas mereka di sekolah. Guru akan berikan keputusan peperiksaan mereka yang lepas dan berbincang mengenai kelemahan anak anak. Alhamdulillah, ada banyak peningkatan pada anak anak aku ni. Takda la tahap CEMERLANG yang aku nak tengok pada kertas pencapaian tapi sekurang-kurangnya, peningkatan tu ada dan paling penting mereka berusaha untuk ke arah itu. Bukan mereka tak boleh lakukan tapi dengan keadaan sekarang ni.. cabaran yang mereka hadapi bukanlah mudah bagi mereka. Peranan mak ayah sangat penting.
Alhamdulillah.. aku bepuashati cuma masih jauh perjalanan mereka lagi. Bantuan guru guru di kelas tambahan mereka terutama Qhaliff dan Zahra , banyak memperbaiki kelemahan yang ada terutama bagi mata pelajaran utama. Aku yakin pada mereka. Mereka boleh lakukan tapi perlu bekerja keras jika ingin berjaya.
Kelas tambahan Online di www.flyhigh.my , sangat berbaloi. Mengambil masa 2 jam sehari di waktu malam , sejak PKP lagi ternyata memberikan perubahan buat mereka. Kelas tambahan mereka pun diajar oleh guru guru berpengalaman dan sering memberikan tips dan teknik menjawab soalan dengan baik.
Kenapa Flyhigh ? Harga yang berpatutuan tapi yang mengajar , guru yang cukup berpenglaman , tak perlu keluar rumah pun untuk ke kelas , rakaman kelas serta staf sokongan yang pantas membantu dan paling penting , anak anak boleh terus bertanya dengan guru guru andai ada soalan yang mereka tidak faham. Anak murid untuk setiap kelas pula terhad demi memudahkan mereka untuk belajar.
Sesekali , FlyHigh juga memberikan kelas kelas percuma seperti kelas Bahasa Arab, Jawi , Al-Quran dan juga persediaan sebelum menghadapi peperiksaan besar. Kelas bermula dari Tahun 3 hinggalah ke sekolah menengah , di sediakan dalam pakej pakej yang menarik dengan harga rahmah. InshaAllah, demi masa depan anak anak... cubalah.
Daftar sekarang di www.flyhigh.my
0 comments