Ajar anak tunaikan janji !
Hantar si bongsu ni gi KAFA. Tiba tiba dia cakap dia tertinggal buku bacaan dia atas meja makan. Aku tanya dia kenapa nak buku tu ? Katanya dia nak baca bila dia boring. Hurm.. Buku info mengenai Sains Kehidupan tu memang best. Bersungguh dia nak.
Kitorang berjalan kaki je KAFA. Dalam 300 meter gak la dari rumah. Alhamdulillah dekat.. Aku kata kat dia , nanti aku hantar. Dia masuk kelas dulu, nanti aku hantar. Awalnya aku nak sedapkan hati dia tapi aku tahu , dia jenis yang akan ungkit apa yang aku kata. Dia juga jenis berpegang pada janji. Sebab aku rasa serba salah.
Kebetulan bila dia sampai ke KAFA dan Ustazah kelas dia panggil untuk mengaji IQRA dulu . Ada sorang menanti sebelum dia. Aku rasa aku sempat berlari balik rumah dan amik buku tu. Pastu hantar sebelum dia abis mengaji di surau tu. Dan aku pun memecut. Nasib baik aku rajin bersenam. Takda la nak semput. Huhu..
Sesampainya aku di KAFA, dia dah bersiap nak masuk kelas. Aku serahkan buku tu pada dia. Dia ucap terima kasih. Memang dia menanti aku kembali sebab dia tak terkejut pun aku datang dengan buku tu. Selepas bersalam dengan aku , dia masuk ke kelas... sambil melemparkan senyuman..
" Assalamualaikum daddy.. "
Jangan lupa sertai kelas kelas pendidikan tambahan secara online di www.flyhigh.my
0 comments