Tips mudah hebat di atas katil tanpa sebarang ubat !!

by - Jumaat, Oktober 13, 2023


Aku tengok baru baru ni di Tik Tok , ada yang jual ubat kuat. Kalau minum malam tu, pastu on..sampai ke subuh berterusan ! Pergh... ramai la membelinya tanpa memikirkan apakah bahan yang ada di dalam tu dan juga kesan sampingan jangka panjang !  Yang penting dalam kepala , dapat memuaskan nafsu pasangannya ! Tu jer. 

Bahaya bhai ! Jantung ! Hati... haih ! 

Cara termudah sebenarnya ialah... jaga makan dan amalkan real food jer. Tengok orang dulu dulu camana. Ingat diorang hari hari dok bedal Tongkat Ali ke ? Tak pun... kalau kita rajin membaca, setiap makanan yang natural kita makan tu, ada khasiat yang mengagumkan. Contohnya telur , pisang , halia, ayam dan macam macam lagi. Jauhi gula ! Walaupun kata itu pemberi tenaga, sesungguhnya jangan percayalah. Naya kalau percaya.

Kemudian jaga stamina. Ni baru nak mendayung , dah terdampar ! Apasal ? Tak fit satu hal. Pastu pernafasan ke laut. Main hauk jer. Dan bila kita rajin bersenam , kita jaga juga level stress. Stress sangat bahaya. Kalau kita asyik stress , penyakit pun datang. Bukan sekadar tekanan darah tinggi tapi kanser pun boleh menjengah. 

Bentuk fizikal kita pun mainkan peranan. Bukan saja boleh mengoda pasangan kita tapi juga pelbagai skill boleh dibuat ketika bersama. Ala... tu korang boleh cari buku Permata Yang Hilang. Ada diajar dalam tu untuk mereka yang dah berkahwin. Yang belum tu, tak payah la nak sibuk lagi. 





Turunkan berat badan. Rajin bersenam walaupun sekadar berjalan kaki. Rajin jemur diri di pagi hari. Rehat secukupnya. Elakkan tidur lewat malam. Elakkan makan lewat malam. Banyakkan pengambilan makanan tinggi protein dan fiber. InshaAllah, korang akan terasa kelainan. Pastu cuba ikut formula Dr. Mani tu. Korang yang ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout , akan terasa lain pastu. Aku dah ikut.. aku tahu la ! Aku ada Hypertension sebelum ni. Diabetis dan Angin pun dah jengok. Nasib baik aku cepat sedar.

Jauhi benda terlarang... 

You May Also Like

0 comments