Boleh mengundang maut jika cabut bulu hidung !
Tunggu anak keluar sekolah. Entah kenapa , gatal pulak jari jemari nak masuk lubang hidung ! Bahaya sebenarnya sebab jari tu kotor. Pelbagai kuman dan bakteria boleh ada kat situ. Nak ditambah kegatalan tu, gi cabut pulak bulu hidung. Ada pulak yang dah putih ! Timbul keinsafan di situ , sementara ! Teringat diri dah tua. Sebelum ni dok ingat muda belia gitu ! Hahahaha...
Kemudian gatal pulak nak gi post kat Facebook. Walaupun aksi tu sekadar lakonan meraih simpati , tapi rupanya ada ilmu pengetahuan untuk aku yang selama ni , aku tak tau atau mungkin terlupa. Ada kawan komen kasi tau yang cabut bulu hidung ni tak bagus. Menurut orang tua, kita boleh jadi rabun dek kerana perbuatan yang tak kita sedari dan asyik tu.
Yeke ? Tapi aku dah rabun. Ok la kan ? Huhu.Tapi rasa cam pelik lak kenapa boleh timbul 'peringatan' tu. Biasanya peringatan dari orang dulu dulu tak 'kosong'. Mesti ada sebab dan musabab ! Aku cuba mencari jawapan di Google. Banyakkan membaca dari menonton ! Heee.. Walaupun Tik Tok skang lebih tinggi view , blog dan web sangat berinfomasi dan tetap jadi pujaan hati ramai pengguna media sosial . Payah dah nak jumpa content sampah di web atau blog sekarang ni. Dulu banyak laa...
Ok.. jumpa ! Hurm.. rupa rupanya , cabut bulu hidung ni sangat tidak bagus aktivitinya ! Ianya melibatkan saraf dan juga otak. Paling utama, bulu hidung ni 'perisai pertahanan' untuk mengelakkan kuman atau bakteria masuk ke dalam saluran pernafasan yang mana boleh menyebabkan tiga perkara berikut jika pertahanan dibolosi :
1. Jangkitan hidung
Mencabut bulu hidung sebenarnya membuka ruang kepada kuman untuk masuk ke dalam tubuh dan jika tersalah langkah, ia boleh mengakibatkan jangkitan kepada hidung anda.
2. Menyebabkan jangkitan otak
Tidak terhenti di situ, jangkitan pada hidung boleh mempengaruhi kesihatan otak anda. Pakar Otolaryngologis, Dr. Erich Voight berkata, ia turut boleh menyebabkan masalah meningitis.
Ini kerana kata Erich, jika kuman melalui vena (salur darah) yang mengalirkan darah dari hidung ke bahagian otak ia boleh menyebabkan radang otak.
Meskipun jarang berlaku, namun jangkitan ini boleh berlaku terutamanya kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah.
3. Bulu tumbuh ke dalam
Tabiat mencabut bulu hidung sebenarnya akan mendorong pertumbuhan bulu baru lebih jauh ke dalam. Situasi ini boleh menyebabkan masalah peradangan, sakit, rasa sakit serta bonjolan kecil.
Jika perkara ini terjadi, berhentilah mencabut bulu hidung. Sebaik-baiknya, guna kain yang dibasahkan dengan air panas untuk membersihkan kulit hidung. Jika keadaan semakin memburuk, berjumpalah dengan doktor.
Maka , jalan terbaik atasi ketidakselesaan bulu hidung ni ialah dengan trim ! Potonglah kemas kemas. Guna gunting yang sesuai dengannya seperti di bawah ni..
1 comments
Jarang diapa-apakan bulu hidung itu. Biar je dia buat kerja memfilter segala bendasing diudara
BalasPadam