Tips hilangkan bau ketiak tanpa guna deodrant !

by - Rabu, Oktober 04, 2023


Bau ketiak ni memang menganggu sangat kan ? Bukan tak jaga kebersihan tapi kekadang ianya berlaku tanpa dipinta ! Kalau macam aku ni , tak pe la sangat. Kacak tapi ada bau ketiak tu tanda lelaki maskulin dan gagah perkasa ! Hahahaa.. Bau wangi wangi pun , nanti wife tak tenang duduk di pejabat dan aku di gym. Heee.. 

Bau ketiak ni berpunca dari banyak faktor. Gaya pemakanan dan aktiviti kita. Dalam kes aku ni, kebanyakkannya berpunca dari material baju yang dipakai. Ada baju yang pakai , ok je.. takda masalah ketiak walaupun tak pakai deodrant ! Ada baju yang aku dah sembur abis satu botol perfume , tetap mengeluarkan bau yang aku sendiri pun leh pengsan bau ! Dan baju tu aku dah sedekahkan kat kawan aku yang selalu mengutuk aku belakang belakang ! 

Sebelum ni , aku ada kasi tips hilangkan bau ketiak tanpa guna deodrant. Oh ya, kenapa tak guna deodrant jer ? Hurm... ketiak jadi hitam ! Hahahaha.. Satu lagi , tak nak la ada bahan kimia merayap di kulit kita ketika kita berpeluh. Biarlah bahan semulajadi dan asli jer. Kena jaga kesihatan badan juga. Maklumlah, sekarang ni macam macam penyakit merbahaya muncul dek kerana.. haa.. malas nak cakap. Korang kena rajin membaca jer.. Kang aku cerita lebih, kena blocked lak kesayangan aku ni. 

Tips sebelum ni, guna teh hijau. Tapi rasa cam leceh lak. Baru baru ni, aku balik Kelantan... ada banyak limau purut depan umah mak mertua aku. Wife aku amik dan gunakan untuk bersihkan kulit. Aku pun cuba gak untuk ketiak aku. Ternyata harum ! Walhal , mak aku lama dah guna petua ni,. Aku terlupa.

Tetiba teringat.. aku bancuh air lemon setiap hari pastu buang jer lemon lemon yang dah diperah jus tu. Apahal aku tak guna pada ketiak aku. Lap lap jer kat ketiak tu. Jimat banyak dah ni !! Iskh.. rugi rugi..Lagi pun , sebijik boleh buat seminggu. Baru RM1. Hiris halus halus dan sapukan pada ketiak sebelum mandi. Biarkan seketika pastu mandilah.. Simpan la untuk mandi petang nanti. Amalkan selama mampu.. inshAllah bermanfaat. Tapi jagalah juga pemakanan kita. Kalau tak jaga, mandi dalam kolam perfume pun tak hilang gak bau badan tuuu ! 


You May Also Like

1 comments

  1. Hahaha... Lawak lah Ben ni... Tapi memang limau menghilangkan bau. LeYa amalkan setiap kali kalau ade daun limau purut, makan, memang takde bau pada ketiak dan bersih jer. Tapi tak ramai yg mampu mkn daun limau purut ni...hehe..

    BalasPadam