Habiskan hujung minggu di majlis ilmu !

by - Isnin, Oktober 23, 2023


Mendidik biar dari kecil. Jangan dah tunggu besar , baru nak lentur ! Jangan jadi macam aku. Liat sangat nak ke majlis ilmu. Huhuh.. Bukan salah mak ayah tapi sendiri punya salah ! Dan aku tak nak la anak anak jadi gitu. 

Alhamdulillah, mereka ikut jejak ibu mereka yang jauh beza dengan aku. Terus terang ni. Bukanlah nak bukak aib sendiri tapi aku sendiri dalam proses perubahan. Moga Allah berkati dan permudahkan. Aku yakin ramai lagi begitu. Kan kan ? Yang dah sedia ada tu, bantulah mereka dengan menitipkan doa doa buat rakan rakan agar mereka diberikan hidayah. Bukannya mengeji dan mengutuk. 

Setiap kali abis kelas , aku tanya mereka camana ? Ok ke ? Diorang kata best dan mintak lagi kelas kelas begini untuk mereka sertai. InshaAllah, aku akan carikan untuk mereka selagi mana mereka berminat untuk belajar. 

Ok ok.. bicara bab ilmu ni... kita tahu sampai mati ilmu takkan abis dituntut. Selagi bernafas, carilah.. pelajarilah dan sebarkan. Maka itulah yang aku buat pada anak anak aku. Bersosial di majlis majlis ilmu. Di sana mereka akan dapat kenalan kenalan baru di samping belajar bersama. 

Dan baru baru ni, aku ke MMU Cyberjaya. Di sana ada dua bengkel pendidikan kendalian Flyhigh yang cukup menarik. Penuh kerusi ! Aku duduk sekejap dan mendengar sendiri. Ternyata mereka berkongsi pengalaman dan juga tips tips menjawab soalan peperiksaan. Dalam kes ni , pelajar pelajar yang datang ni adalah untuk persediaan bagi peperiksaan UKKM. 


Bengkel anjuran Flyhigh  senantiasa mendapat sambutan hangat dan ini antara komen komen positif dari ibu bapa  pelajar selepas tamat bengkel. 

● "Alhamdulillah. Terima kasih semua. Anak saya bagi +ve feedback. Semoga ini titik tolak utk anak2 semakin maju dalam pelajaran dan sahsiah diri."

● "Terima kasih semua, anak saya kata best Mama - byk tips yg diajar 🥰"

● " Alhamdulillah.. terima kasih atas peluang & rezeki anak menimba ilmu selama 2 hari ini. Semoga Flyhigh Education terus sukses dlm membantu anak² didik terus berjaya . Untuk semua anak² yg akan menduduki pksk bermula esok.. gud luck & all the best!! 💪"

● "Terima kasih FH menganjuran yg sgt baik dan platform kpd anak2 yg sgt berminat utk ke sbp.. Semoga berjaya kpd anak2 yg menduduki pksk esk dan hr2 seterusnya.."






Dan inshaAllah , minggu ni ada satu lagi bengkel persediaan. Khas bagi pelajar Tahun 6.  Jika berminat , boleh hubungi di nombor nombor tertera : 

*PERINCIAN BENGKEL*

Tarikh    : 28 & 29 Oktober 2023
Hari 1    : Sabtu : 8.00am - 5.30pm
Hari 2    : Ahad : 8.00am - 6.00pm
Lokasi  : *1st Floor, FHEC SEMINAR ROOM, Shah Alam Sek 13*
Yuran : *RM270 *SEMUKA*




You May Also Like

0 comments