2 malam di Santa Grand Signature , Kuala Lumpur.

by - Isnin, Oktober 09, 2023


Kursus 2 hari 

Wife kasi tau dia ada kursus 2 hari di Kuala Lumpur dan itu berita gembira untuk anak anak sebab kami boleh turut serta. Lama dah tak stay kat hotel dek kerana ketiadaan masa terluang. Asal hujung minggu, ada je program. Dan sesuailah kali ni sebab memang takda apa apa perancangan. Minggu akan datang dah ada banyak program dirancang. Dan banyak jimat dah. Heee..

Tempat penginapan yang diberikan, Santa Grand Signature.Aku tak pernah dengan nama hotel ni. Terus cari di Facebook dan Google. Nak tengok bilik hotelnya , gym dan juga kolam renang. Tiga ni penting ! Hahaha.. Dan dalam gambar , ianya memuaskan hati ! Oh ya , hotel ni betul betul depan sekolah Convent Bukit Nanas. Kalau dapat briskwalk di Taman Eko Rimba, memang berbaloi la tapi sayangnya, aku tak buat apa apa tempahan dan agak sukar juga nak mengawal 3 orang anak yang sedang lasak jika masuk ke dalam hutan. Maka diatas sebab inilah juga aku tak buat tempahan ke situ.

Sampai masa.. bergerak ke KL. Dari Sepang , ambil masa 50 minit juga nak sampai ke hotel. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Sejujurnya, aku cukup risau kalau KL ni hujan lebat. Jika lebih dari sejam , pasti akan ada air naik ! Aku ikut waze. Jalan diberikan, masuk Bukit Bintang. Kesesakkan hanya di depan lampu isyarat. Dalam 15 minit juga la nak lepas. Alhamdulillah, tak lalu kawasan dinaiki air. Ternyata memang banjir di sesetengah tempat. 

Parking Bertingkat

Sesak di depan lobi ! Hujan masih turun dengan lebat. Tapi bagusnya kat sini , ada parking bertingkat dan segalanya diuruskan oleh pihak hotel. Bayaran pun ok jer. Staff hotel pun bagi aku, sangat friendly dan membantu. Takda la muka keras bagai. 

Lepas check in , naik ke bilik. Ada lif kaca yang menarik. Suka si Zahra dan Aariz sebab dalam tengok kawasan hotel dari dalam lif. Walaupun hotel ni tak la luas tapi bagi aku sangat ok bagi mereka yang ada urusan di bandaraya dan juga yang nak bercuti dalam kawasan bandar. 

Masuk bilik dan.. ternganga mereka. Aku tersenyum. Heee... tak luas tapi cukuplah untuk kami anak beranak. Cuma ada satu katil je. Kena tidur memanjang dan aku, tidur di lantai beralaskan kain yang dibawa. Huhu.. Ok la.. Nak upgrade boleh tapi rasa cam... tak pela... sekejap je pun. 

Ok.. aku ringkaskan mengenai hotel ni... 

Fasiliti Hotel

Tandas dia bersih dan selesa. Gym, ok. Mesin semua beroperasi dengan baik. Buka dari jam 630 hingga 10 malam. Kolam renang , mesra keluarga tapi anak anak kecil mandi , kena mak ayah pantau. Jangan sibuk nak bergambar sebab permandangan memang cantik terutama malam hari atau main handphone yer.. 

Lobi , kemas. Staff bagus dan membantu. Urusan check in pantas. Pastu untuk sarapan , makan tengahari dan malam , pilihan tak banyak tapi menyelerakan. Kalau malas nak makan kat hotel, korang boleh je jalan kaki ke restoran berhampiran. Boleh la nak food hunt dan sebagainya. Aku cuma ke belakang hotel dan ada restoran mamak yang best ! Hahaha... Nak muntah anak anak dok lepak mamak.





 
Menarik !

Kat Mamak Cafe tu , aku syorkan mee goreng dan keow teow goreng dia. Eh , samosa dan tosey dia pun best ! Tengok nasi kandar dia pun menyelerakan. Boleh dikatakan berbaloi la gak makan kat sini. Harga pun tak la level kayangan atau potong leher punya. Setakat kami sekali gi makan, dalam RM20+ jer dan confirm kenyang. Alhamdulillah. Hancur diet aku.

Lepas kenyang makan pagi , kena bakar kalori. Ajak anak anak berjalan ke Pasar Seni. Ibu mereka, dalam dewan kursus. Heee.. Dari hotel ke Pasar Seni ambil masa dalam 30-40 minit juga la jalan kaki. Jalan perlahan lahan. Sambil berjalan tu , aku bercerita pada anak anak pengalaman aku di situ dulu.. ketika zaman remaja. 

Ternyata diorang enjoy menginap di sini, Aariz , kalau boleh.. nak duduk forever kat hotel ni ! Katanya la ! Huhhh... 

You May Also Like

0 comments