Nak makan apa pagi pagi ni ?

by - Khamis, Oktober 12, 2023

Selesai hantar Qhaliff Iman ke sekolah. Dia bersarapan telur setengah masak je pagi ni. Sememangnya, itulah antara makanan yang diberikan pada dia berbanding sebelum ni, bersarapan dengan roti atau bijirin yang dikatakan sihat ! Hurm... 

Sejujurnya aku dah tak benarkan lagi pembelian roti putih dan juga roti roti berkrim. Anak anak pun aku dah kasi tau kenapa dan mengapa. Siap ada bukti dalam bentuk video dari pakar pakar kesihatan. Biar mereka faham kenapa aku tak kasi. Malah mereka sendiri pun dah nampak apa kesannya jika terus amalkan gaya hidup yang tidak sihat tu. 

Apa kesannya ? Jam 12 tengah malam , kami sekeluarga ke hospital dek kerana ibu mereka diserang gastrik ! Sakit yang sangat teruk. Kira tahap nak berjalan pun tak leh. Sakit yang amat katanya. Nak beranak pun tak macam tu , kata wife. 

Alhamdulillah... perubahan dilakukan segera dan semua dapat manfaat. Antaranya aku sendiri yang mana sebelum ni hantu roti , hantu kopi dan hantu roti canai...terasa impak positifnya selepas berhenti semua tu. Pergh... buncit hilang. Tekanan darah cantik dan paling penting, pernafasan aku tidak lagi semput sebelum ni. 

Dah tu nak makan apa pagi pagi ??? Takkan hari hari nak bedal telur ? Muak laaa.. Kan ? Persoalannya, kenapa nak makan sampai kekenyangan pagi pagi ? Apakah tujuan kita nak makan pagi pagi ? Kita kena kembali tanya pada diri. Kita nak makan sebab apa ? Untuk teruskan kehidupan atau ? Kalau untuk teruskan kehidupan... carilah makanan yang sebenarnya. Ambil dalam kuantiti kecil jer macam pisang , kurma,  ubi keledek , chia seed , buah buaha , salad dan sebagainya. Jauhi makanan yang mengandungi gula dan tepung gluten di pagi hari. 




 Kalau nak best lagi.. pagi pagi jangan makan lagi. Selesai tunaikan yang wajib, curilah bersenam ringkas seperti brisk walk atau jump rope. Paling tidak pun , buatlah lompat bintang 100 kali. Buatlah apa apa pun senaman asalkan berpeluh untuk dalam 20 minit. Selepas tu bersiaplah gi kerja. Kalau terasa lapar , minum dulu teh hijau kosong. Jangan letak sebarang pemanis. Amalkan.. nanti tau la kesan kebaikannya. 

Bawa bekal telur rebus atau kekacang seperti almond dan walnut. Kacang tanah jangan tau. Huhuh.. Amalkan je gini. InshaAllah ,  korang akan terasa kenikmatannya aptah lagi di usia 30 an , ramai dah mula terasa sakit sana sini. 40 an sakit , naya dah ! Kena makan ubat doktor. Masa tu , baru terasa cam... hilang kenikmatan dunia. 

Tak boleh ke nak makan gula dan gluten tu ? Persoalannya.. tu makanan ke ? 

You May Also Like

0 comments