Sedar ke tidak yang mata anak kita bermasalah ?

by - Jumaat, Januari 26, 2024

Teringat lagi aku ketika usia 7 tahun. Aku dah pakai cermin mata, Puncanya ? Pelajaran aku merosot. Duduk belakang sekali sebab aku dalam kategori tinggi. Tapi aku tak tau yang aku ada masalah dengan mata. Cikgu dapat mengesannya dan meminta ayah aku bawa aku jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mata dan ternyata benar , aku ada masalah rabun jauh. 

Sejak tu, aku pakai cermin mata hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah, rabun aku tak teruk. Cuma sesekali tu ada power naik  tinggi. Puncanya ? Terlalu kerap tengok skrin atau gajet. Terpaksa tukar cermin mata dan cari cemin mata yang mampu menghalang cahaya biru atau blue light ni. 

Masalah silau turut menganggu aku ketika memandu malam. Nasib baik sekarang ni ada teknologi yang mampu menapis silau dari lampu kenderaan dan menariknya , harga pun murah ! Takda la macam dulu dulu haa.. Nak buat cermin mata pun pikir panjang... 

Dan sekarang , risiko buat anak anak kita yang kerap tengok gajet.. tak kira la samada main game atau masuk kelas tuisyen online. Jangan biarkan mata mereka rosak teruk baru nak amik tindakan. 




Kanak-kanak pada usia prasekolah tidak tahu untuk memberitahu yang mereka sebenarnya tidak nampak.

"Namun begitu, sekiranya ibu bapa cuba ambil sedikit masa dan perhatikan bagaimana anak mereka menjalankan aktiviti harian serta aktiviti pembelajaran, mungkin mereka akan sedar ada yang tidak kena dengan anak mereka,"


Antara faktor yang biasanya berlaku menyebabkan gangguan penglihatan pada kanak-kanak adalah:

a. Penyakit-penyakit genetik seperti retinitis pigmentosa.

b. Gangguan perkembangan mata ketika kelahiran pramatang seperti retinopati pramatang.

c. Penyakit neurologi.

d. Jangkitan pada mata ketika proses kehamilan dan di dalam kandungan seperti rubella, cytomegalovirus, penyakit bawaan seks.

e. Kecacatan pembentukan mata seperti microphthalmia dan anophthalmia.

f. Kerosakan atau kecederaan pada mata, sistem saraf optik dan bahagian otak yang menjadi pusat proses penglihatan.


IBU bapa dapat mengetahui lebih awal tahap kesihatan mata si kecil jika peka kepada beberapa perubahan si anak.


Tanda-tanda yang biasa berlaku dan mudah diperhatikan ibu bapa adalah:

a. Kebanyakan bayi akan mula fokus pada wajah dan objek ketika berumur empat hingga lima minggu. Apabila mencapai umur enam hingga lapan minggu mereka mampu untuk tersenyum apabila melihat wajah yang dikenali dan objek-objek tertentu. Sekiranya anak tidak dapat berbuat demikian ada kemungkinan anak anda mengalami masalah penglihatan.

b. Perhatikan kedudukan dan pergerakan mata anak-anak. Pergerakan mata yang tidak tetap atau pergerakan bolak balik secara cepat, ke kiri dan ke kanan (nystagmus) atau pergerakan mata tanpa tujuan (wandering eyes) juga adalah tanda masalah penglihatan.

c. Jangan abaikan sekiranya anak-anak menunjukkan tanda-tanda juling sama ada sebelah atau kedua-dua belah mata. Juling ini mampu mengakibatkan masalah penglihatan atau ia mungkin disebabkan oleh gangguan penglihatan.

d. Apabila bercakap dengan anak-anak perhatikan bagaimana mereka melihat anda. Mata yang tidak boleh mengikut kedudukan wajah anda atau objek yang diberikan atau tiada kontak mata ketika bercakap adalah tanda-tanda mereka mengalami gangguan penglihatan.

e.Secara refleksnya, kanak-kanak akan memberikan reaksi 'mengelak' atau menutup mata (berkelip) sekiranya mata didedahkan kepada

cahaya yang terang atau didekatkan sesuatu objek ke muka. Kegagalan berbuat demikian juga merupakan tanda mereka ada gangguan penglihatan.

f. Tiada ibu bapa yang akan melepaskan peluang merakamkan gambar tumbesaran anak-anak mereka sebagai kenangan. Sila perhatikan setiap gambar yang diambil dengan teliti terutamanya bila menggunakan 'flash'. Secara normalnya anak mata yang dikenakan cahaya 'flash' ini akan kelihatan merah di dalam gambar (red reflex). Hilangnya tanda red reflex ini atau kelihatan putih 'white reflex' sama ada pada sebelah mata atau kedua-duanya secara konsisten mungkin disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak atau kanser mata (retinoblastoma).

g. Perhatikan bagaimana anak-anak membaca atau memegang objek. Anak yang ada gangguan penglihatan akan membaca atau memegang objek dekat dengan mata. Mereka sering berada begitu hampir dengan TV atau skrin komputer.

h. Anak-anak juga mudah hilang fokus bila membaca atau melakukan aktiviti yang memerlukan fokus penglihatan. Mereka biasanya akan mengadu letih dan mudah mengantuk. Perlakuan menggosok mata dengan kerap selepas atau sewaktu membaca atau melakukan aktiviti bermain mungkin tanda gangguan penglihatan.

i. Ketika mereka bermain, perhatikan bagaimana koordinasi mata dan tangan mereka. Lihat ketepatan mereka mengambil barang terutama barang yang kecil seperti manik atau guli. Sekiranya mereka mengambil masa yang lama untuk mengambilnya dengan tepat atau seperti meraba-raba maka mereka berkemungkinan ada gangguan penglihatan.

j. Kedudukan kepala juga boleh memberikan petunjuk masalah mata atau penglihatan. Kedudukan kepala yang agak terpusing (head turn and head tilt) atau mendongak juga tanda gangguan penglihatan.

k. Kanak-kanak juga akan kelihatan cuai dan mudah melanggar objek berdekatan di sekelilingnya.

l. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan ini biasanya kurang bersosial, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan mengelak dari melakukan aktiviti yang diberikan.

Sumber : Harian Metro




 






Hubungi segera : 
Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr. June )
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group




You May Also Like

0 comments