Korea Selatan 'tewas' dengan Malaysia !
Aku ajak Aariz duduk sebelah aku. Dia dari tahun lepas sibuk tanya bila Piala Asia nak bermula sebab nak tengok Malaysia main. Ketika tu , Piala Dunia. Dia tanya kenapa Malaysia tak masuk. Jenuh gak la aku nak terangkan kepada dia. Dia faham akhirnya.
Perlawanan ke dua , Malaysia lawan Bahrain.. kami sekeluarga tengok di Dataran Putrajaya. Malaysia tewas. Dia kecewa. Perlawanan dengan Korea ni , dia dah tak beberapa teruja. Aku cakap kat dia , walaupun kita dah kalah dua perlawanan tapi dengan Korea inilah perlawanan yang amat penting untuk buktikan negara kita bukan calang calang juga. Mampu bersaing di peringkat antarabangsa malah Malaysia layak ke Piala Asia buat pertama kali pun bukanlah sekadar mengisi tempat kosong tapi adalah kerana kesungguhan para pemain untuk berada dalam kelompok terbaik Asia !
Gawang Malaysia bocor dah. Seperti yang aku jangkakan kerana Malaysia kalah dari sudut fizikal. Tapi jangan lupa , mental dan semangat pemain Malaysia mudah membara jika suntikan benar benar ke hati mereka.
Aariz dah bersuara... " I told you. Malaysia kalah. Tak nak la memori macam ni. Nak Malaysia menang !"
Aku tanya dia.. " Dah berapa minit perlawanan ? " Dia jawab. Dan aku bagitau dia , selagi masa belum tamat , kita akan terus berlawan. Tengok masa Malaysia lawan Bahrain ari tu.. Minit terakhir bocor. Apa jadi ? Dari nak seri , terus jadi kalah. Jadi , perlawanan kali ni akan jadi hebat jika pemain Malaysia berikan persembahan yang terbaik. Kita tengok sampai abis dulu !
Separuh masa pertama berakhir. Permainan Malaysia agak sedikit mengecewakan. Hilang rentak dan asyik kena serang jer. Kelihatan Korea seperti akan membelasah Malaysia. Jurgen Klinsmann kelihatan tenang. Kenal tak dia ? Coach Korea dan bekas pemain hebat dari Jerman.
Separuh masa ke dua bermula dan segalanya berubah ! Fuh... gol penyamaan dari Faisal Halim sangat membuka mata dan membuktikan yang pertahanan dan penjaga Korea mampu ditewaskan ! Macam tak percaya je gol pertama dari Faisal Halim tu. Aku percaya inilah percikan api membakar para pemain dan penyokong Malaysia di stadium. Mereka percaya Malaysia mampu lakukan kejutan demi kejutan.
Dan ternyata... Malaysia berjaya mendahului Korea Selatan !! Walaweeeiiii ! Sejarah pernah membuktikan yang kita bukan calang calang pasukan di mata mereka ! Malaysia pernah tewaskan Korea Selatan satu ketika dulu dan ianya tak mustahil boleh berlaku lagi.
Ketika kedudukan seri 1-1 , para pemain Korea Selatan mula kelihatan tak senang dah. Mereka bermain dengan bersungguh sungguh. Nahh... sapa kata mereka sekadar nak seri je ? Taknak jumpa Jepun di pusingan seterusnya ? Bagi aku itu bukan ciri ciri pasukan hebat. Jika mereka hebat , letak la sapa lawan mereka.. mereka akan lawan jer ! Kan ?
Zasss... penalti ! Hak hak hak... Malaysia mendahului 2-1. Tapi perlawanan masih jauh lagi. Berbaki 30 minit lagi. Korea Selatan mula menekan pertahanan negara dan akhirnya membuat 2 kesilapan dan membenarkan mereka mendahului semula 3-2.
Masuk ke minit kecederaan. 12 minit diberikan. Aku cam.. pergh ! Macam macam boleh jadi masa ni ! Malaysia menukarkan beberapa pemain saat saat akhir. Dan percaturan berbaloi. Gol ketiga yang cantik terhasil. Para pemain Malaysia gembira seperti merayakan kemenangan besar ! Hahahaha.. termasuk aku menjerit di rumah...
Kenapa ? Pemain Korea Selatan yang bermain malam tu , bukan calang calang. Mereka mewakili kelab kelab ternama dunia wooo !
Sebab tulah dapat seri pun dah cukup membuktikan kita mampu bersaing dengan mana mana pasukan dunia dan paling penting , dunia dah kenal Malaysia !
Kalau tengok posting di Twitter , ramai orang luar kagum dengan gol gol yang terhasil dalam perlawanan ni.
Walaupun tidak layak ke 16 pasukan akhir tapi pemain dan penyokonng Harimau Malaya mencipta memori tersendiri yang bakal dikenang sampai bila bila termasuk aku. Permainan yang hebat dan menarik. Seri pun dah serupa menang !
Muka tak percaya apa yang sedang berlaku !
Tahniah buat semua..... Yang kata Korea Selatan sekadar nak seri tu, ternyata tak pernah main bola !
0 comments