Gagal lagi ?? Kau apa nak jadi !!

by - Isnin, Januari 22, 2024

Tertekan dalam diam ni amat bahaya ! Tak terluah dengan kata kata .. tapi dia makan dalam hati. Fuh ! Membawa hingga ke dewasa nanti. Akhirnya bila 'terbebas' , mereka akan terbang sejauh jauhnya sehingga terlupa bahawa jerat dan perangkap sedang menanti mereka. Kesian.. mak ayah juga bakal merana. 

Yer.. masing masing nak tengok anak anak berjaya ! Tapi kita kalau nak mereka berjaya , kita kena berjaya dulu. Tunjukkan pada mereka camana kita berjaya. Mereka akan pelajari. Kalau kita sendiri tak tunjuk tapi lebih banyak mengarah , camana mereka nak ikut ? 

Apa respon kita bila mereka gagal ? Sebelum mereka gagal , apakah usaha usaha yang kita lakukan untuk bantu mereka agar cemerlang dalam peperiksaan ? Kalau sekadar suruh duduk atas meja dan buat ulangkaji di saat akhir , memang tak menjadilah. Lainlah dari awal awal persekolah, dah sama sama duduk semeja dan saling belajar dan mengajar. Nah... tu barulah betul ! 

Lebih teruk lagi bila mak ayah bandingkan dengan anak anak orang lain. Aduh...Kalau musim tunjuk kejayaan di media sosial , masa ni anak anak yang kurang cemerlang akan terasa jauh dari dunia. Mulalah cari kawan kawan yang seangkatan. Yelah , mak ayah tak berikan tunjuk ajar sebenar. Tenangkan mereka. Kuatkan semangat mereka.. Bagitau mereka yang dunia ni belum musnah lagi ! Kejayaan bukan diukur dengan kecemerlangan peperiksaan tapi bagaimana ilmu itu dimanfaatkan. 

Bagitau mereka.. kenapa mereka perlu belajar sekarang dan belajar ni, sampai mati ! Selagi bernafas..kita belajar ! 


Marah sebab salah buat ???

Buntu kerana belajar sorang diri ? Tak faham ??

Mainkan peranan kita ! 

Exam dah abis tapi tetap belajar untuk persediaan

Untuk tahun 2024 , kalau kita berkemampuan.. berikanlah yang terbaik mengikut kemampuan kita pada anak anak. Ada banyak cara nak berjaya di zaman ni. Segalanya di hujung jari. Takda alasan dah untuk tiada maklumat. Kena rajin mencari dan paling penting , kita sebagai ibu bapa tu kena ada di sisi mereka. 

Boleh cari di Facebook , Youtube atau di Tiktok. Kalau Google pun banyak je maklumat pendidikan ni ada. Percuma atau berbayar. Atau kalau berkemampuan, masukkan mereka ke kelas tuisyen secara online seperti anak anak aku. Qhaliff dan Zahra semakin banyak perubahan. Aariz pun dah berbunyi bila boleh masuk kelas ? Aku cadang nak masukkan dia ke kelas tahun 3 walaupun dia baru tahun 2. Biar dia dapat ilmu terutama kelas BM, BI , Sains dan Matematik. 

Di www.flyhigh.my , ada pelbagai pakej. Harga pun murah.  Jimat banyak masa dah. Tak perlu nak ambil hantar. Sesekali mereka buat kelas bengkel bersemuka, baru bawa mereka. Jangan tunggu peperiksaan besar baru nak antar.. sian diorang. 



You May Also Like

5 comments

  1. Anak sesi depan dah darjah 3, walaupun cikgu cakap keputusan dia okay tak teruk sangat, tetaplah nak dia maintain dengan prestasi dia. Sebab tahu kalau dia kurang ulangkaji, semua tu boleh hilang. Nak hantar tuisyen pun seharian dah kepenatan dengan kelas. Harap dia dapat join kelas online macam ni

    BalasPadam
  2. Jom Dapatkan Bantuan Khidmat nasihat dengan saya ( HAS ADMIN FLY) untuk keterangan product2 FLY HIGH EDUCATION CENTRE dengan lebih lanjut dan detail ya Yang masih berminat
    boleh wasap sekarang 🙋

    Wasap.my/60126509622

    BalasPadam
  3. As parents jangan terlalu push anak. Terlalu push pun nanti dia stress. Ada kelapangan memg elok masukkan kelas online ni. Ada masa kene rehat juga. So ibu bapa kene manage betul2

    BalasPadam
  4. Bagus ada satu inisiatif kelas online macam ini untuk anak-anak. Sekarang ini kita nk mgajar anak-anak pun agak sukar sebab silibus zaman sekarang agak mencabar. Bila ada www.flyhigh.my dapatlah membatu anak-anak.

    BalasPadam
  5. Syllabus sekarang dengan zaman kita dulu dah jauh berbeza. Sekarang ni, kalau nak ajar anak pun, kadang-kadang rasa risau kot la jalan kerjanya tak mematuhi skema ke, apa ke kan. Bila ada kelas macam ni, bolehlah kita bantu anak-anak untuk lebih faham, kannnn.

    BalasPadam