Jom sihatkan anak anak !

by - Isnin, Januari 22, 2024

Bila aku ingat ingat semula apa yang berlaku pada diri aku ketika PKP , aku geleng kepala. Semuanya kerana aku terpengaruh dengan info info di media sosial ! Takut terhadap 'masa hadapan' membuatkan semua ahli keluarga mendapat kesan buruk. Risau terhadap sesuatu yang tak pasti ! Kononnya persediaan. Bukan salah mereka pun tapi aku sendiri yang terpengaruh. Hurm... 

Kan masa PKP tak boleh keluar rumah ? Kalau keluar beli barang dapur pun , kena sorang sorang atau berdua jer. Bila dapat keluar tu, nah... macam macam makanan dibeli kitorang. Aku rasa bukan aku je.. korang pun gitu kan ? Masalahnya ialah makanan yang dibeli tu , hurm... banyak yang 'sampah' ! 

Sejujurnya walaupun aku rajin keluar masuk gym dan bersenam setiap hari , bab pemakanan ni memang aku zero sama sekali ! Main ikut cakap otai otai jer ! Kau makan jer apa kau nak asalkan kau rajin bersenam ! Nah... tang ni kesilapan aku. Aku tak nak cakap hal atau pendapat orang lain yang mungkin bertentangan dengan pendapat aku . Biarlah aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. 

Bayangkan.. sampai anak anak kata , masa PKP tu... kat dapur penuh dengan makanan. Macam macam ada. Pelbagai biskut.. roti... makanan minunan yang sedap sedap ada ! Tapi sejak ibu sakit , segalanya berubah ! Kat dapur cuma ada... hahaha.... kurma , almond , walnut. Takda dah biskut biskut mahupun roti. Malah gula putih pun tak nampak. 


Sebelum perubahan berlaku, aku dapati anak anak aku berperut buncit. Badan kurus tapi perut masing masing buncit. Kalau bergambar tu , memang ketara la nampak. Buruk benor rupanya. Dan yang tak bestnya ialah kerap dan mudah jatuh sakit ! Dan sebenarnya ianya berlaku sebelum Covid 19 melanda lagi. 

Puncanya ? 

Bila aku semak semak balik apa yang aku sering bawa pulang dan beri pada anak anak ialah makanan yang tidak seimbang ! Makanan yang tinggi gula ! Makanan yang jauh dari menyihatkan ! Semua ni adalah racun jangka panjang. Bukannya makan minum hari ni , esok jatuh sakit. Takda maknanya.. 

Semua salah aku. Siang malam ajak makan makanan segera. Aku yang kerap dapat jemputan review makanan , bawak keluarga.. makan makanan yang tah hapa apa asalkan kenyang memberi impak ketika mereka membesar ! 

Setiap minggu ke klinik ! Kalau tak demam.. selsema dan batuk tu wajib singgah. Pastu berkahak. Allahuakhbar ! Bodohnya aku. Anak anak tak tau apa apa. Mereka cuma tahu nganga jer. Ayah suap , mereka makan. Mereka percaya pada mak ayah mereka. 

Ajar anak anak baca label ! 

Alhamdulillah.. sejak video video kesihatan bersepah di media sosial , aku ajak anak anak tonton bersama. Ketika itu , aku beritahun mereka kenapa dan mengapa makanan yang satu ketika dulu kita makan , membunuh kita perlahan lahan ! Ya, makanan satu perniagaan. Mereka tak kisah pun kita sakit. Mereka nak kita ketagih jer. Mereka bukan kisah pun pasal kita. Mereka cuma nak duit kita jer. Dia nak teruskan kehidupan tapi terlupa soal keberkatan. 

Nah sekarang.. di mana saja aku singgah nak beli barang , jika anak anak teringin sesuatu makanan atau minuman tu.. aku cuma tanya diaorang kembali...

" Rasa rasa bagus tak makanan tu untuk perut kita ? Kalau bagus, ambillah.. "

Tapi aku tak la kejam sangat. Sesekali tu aku kasi kelonggaran. Kasi rasa jer. Contohnya bila diorang teringin nak makan roti yang satu ketika dulu menjadi kegemaran diorang.. aku beli tapi satu roti tu dikongsi tiga orang. Makan sekadar untuk rasa.





Bagi yang ada anak anak kecil.. korang kena check semula apakah makanan minuman yang korang bagi pada anak anak. Kalau korang perasan , jika mereka jatuh sakit.. mereka akan berkahak , batuk dan selsema warna hijau ! Hurm... betulkan semula diet pemakanan mereka. Periksa label terlebih dahulu. Ingat,... gula tak semestinya ditulis SUGAR jer. Ada banyak nama dia. Heee.. kita kena jadi bijak. 

Biar anak menangis sekarang ! Jangan satu hari nanti mereka menangis dan salahkan kita sebab kitalah punca mereka sakit ! Dan tolonglah....semakin ramai anak anak obes sekarang. Ianya bukan satu kecomelan yang kita perlu banggakan.. 

You May Also Like

5 comments

  1. Skrg ni cuba nak elakkan ambil gula...

    BalasPadam
  2. Yeszaa ajar anak makan sihat. Jangan selalu beli merepek.

    BalasPadam
  3. Seronoknya bila anak2 faham dan tak memilih makanan. Lebih2 lagi makanan yang berkhasiat. Terbaiklah 3 beradik ni👍🏻

    BalasPadam
  4. Anak yg sulung tiba2 makin naik sejak balik kampung bln 12 hari tu. Pemakanan dia tak jaga sangat, atok opah bagi makan jajan banyak, siap poskan ke rumah. How to do?

    BalasPadam