3 menu terlajak air liur berderai di Cheese Banjir !

by - Isnin, Julai 23, 2018

" Ben , hang bila nak mai restoran aku ? Ada menu baru ni. ". Mesej tokey besar Cheese Banjir yang terletak di G Village , Desa Pandan. Aku memang suka gi makan sana sebab menu dia boleh buat aku boroi seketika. Hahahaha.. Kaki makan memang akan suka gi sini sebab akan makan secara berjemaah. Tak boleh makan sorang sorang. Nanti merangkak keluar dari restoran tu. Hahahaha.. Portion dia besar woo..

" Esok jugak aku sampai ! ". Jawab aku spontan walhal tak tau lagi sebab hari kerja kan ? Hehehe.. Dan sememangnya rezeki aku , Qhaliff dan wife sama sama MC. Tak sihat. Balik dari klinik , masing masing kelaparan. Terus aku mesej tokey Cheese Banjir. Saja nak gi sana waktu dia ada. Boleh borak sampai ke petang sambil makan. Lama tak jumpa. Lagi pun aku suka jumpa dia sebab banyak ilmu bab bisnes ni. Buat pengetahuan korang , tokey besar Cheese Banjir ni dulu pun blogger. Seawal aku berblog dulu , dia adalah rakan yang senantiasa support aku. Alhamdulillah.

Jam 2.30 petang... aku sampai Chesse Banjir dari Sepang. Cuma amik masa dalam 40 minit jer melalui MEX. Mudah sangat. Hehehehe.. Parking pon senang dan murah. Masuk ke dalam restoran , ada beberapa orang pelanggan setia. Staff memberi ucapan selamat. Menu dihantar dengan pantas. Anak anak aku dah mula nak buat rumah sendiri. Kelaparan masing masing termasuk aku walhal dah makan di rumah sebelum tu.

Terus order menu terbaru. Ada 4 tapi aku order 3 jer.



LAMB GRILL THE HULK - Terus terang aku katakan kekuatan menu ni terletak pada cheesenya ! Cheesenya diubah suai menjadi agak sedikit pedas tapi cukup menyelerakan. menyebabkan keseluruhan makanan di dalam pinggan ni menjadi sangat menyelerakan ! 


PULUT DURIAN TERGOLEK - Ketika diberitahu ada durian , aku macam.. Oh Man ! Durian lagi ke ? Aku tak larat dah nak makan durian tapi disebabkan nak tahu kelebihannya.. aku pun try la. Ok , menu di campur dengan santan yer , adik adik. Ada ais krim dan pulut. Fuh , jangan bicara soal kalori dalam ni yer. Hahahaha.. Sesekali nak belasah apa salahnya kan ? Aku lak dah sebulan workout non stop. Anggap je sehari cuti dalam sebulan. Lagi pun bukan nak masuk pertandingan bina badan. Hahahaa.. Opss.... ok , giler sedap ! Korang pun tau yang aisrkrim bila dicampurkan dengan durian , menjadi begitu berlemak kan ? Nah... ditambah dengan santan lagi... ada pulut ! Fuh.... rasa macam nak cari bantal dan tidur kat situ jer ! Power dah bagi aku ! 

Carbonara Sotong Penampar - Ketika menu ni sampai , aku berdiri jauh dari pelayan. Risau kena penampaq jer ! Hahahaa.. Tak tak.. gurau jer. Aku tanya tokey , apa pasal ada kait dengan penampaq? Sapa kena penampaq masa menu ni dibuat ? Dia tak sempat jawab , aku dah bedal. Nak tau kenapa ? Kena cuba sendiri.. Huhuh..  Ni aku siap tapau bawak balik woooo.. 

Ok.. aku nak makan ! Lapaq dah. Jangan lupa order air Milo Cheese Durian. Erk , jangan pelik ! Korang try dulu. Aku pun rasa cam pelik pada awalnya. Tak sanggup nak makan. Tapi demi nak rasa camana.. aku bedal jer. Mula mula sedut dua tiga kali dulu pastu 'lemaskan' durian tu ! Kemudian kacau. Nahhhh.. cuba sedut melalui straw yang diberi percuma itu. Aku yakin korang akan kata...

" Ben , giler laaaa... memang betul cakap kau. Sedap siuttt ! " . Terima kasih Ben sebab perkenalkan aku dengan restoran ni. Kikiki...



Selain tu.. ada banyak lagi air yang sihat sihat dalam tu. Air buah-buahan. Korang leh gabungkan dengan buahan yang ada dalam tu. Macam aku , aku gabungkan nenas dengan carrot. Memang aum la rasanya.. Hehehehe..


Dan sebelum balik... aku tapau Meatza. Ini signature restoran Cheese Banjir ni. Boleh makan 4 orang satu pinggan ni. Hahahaha... Padat dengan daging dan cheese gitu ! Kalau makan dulu meatza ni pastu gi gym , mesti semua besi leh angkat punya. Hahahahaa..

Sedap !



Alhamdulillah. Tak terasa menyesal makan. Yang pasti balik rumah , terus on treadmill dan angkat katil . Hahaahha.. Takda la. Makan je la.. Sederhana kan ? Janji berbaloi. InshaAllah. Jangan berumah kat sebelah restoran ni nanti dah la. Sebab hari hari nak makan. Hahahaha.. Banyak menu sedap sedap sini. Huhuh.. 

Ok.. Nak diskaun ? Boleh jer.. Jangan bagitau aku kasi tau yer. Korang follow Facebook Cheese Banjir. Kalau nak turun sana ramai ramai , pm dulu admin dia. Cer tanya.. kalau datang ramai , berapa diskaun leh kasi ? Haaaaa.. tu la cara dia. Hahahahaa.. Tak payah join contest aku dah ! 

You May Also Like

11 comments

  1. Huishhhh..... Jahatnya aben! 😭😭😭😭
    Tengok menu tu semua rasa nak tampar laju laju jer diri ni terus sampai sana! HAhaa.

    BalasPadam
  2. nyesal baca,arghhhhh baru nak start diet grrrr

    BalasPadam
  3. Gambar last tu bikin sakit hati tgk urghhhhhh ben! hahahha

    BalasPadam
  4. terliur ehh, lama tak makan cheese hahahaha

    BalasPadam
  5. wowwwww!!...,anak ina yang umor 3 tahun kata.MAMA...,nak pergiii! Erkk..,kena cari tarikh ni nak pergi sana.Semata menu ni.Durian tu..naperrr lah memikat sungguh.

    BalasPadam
  6. abenn..nak juga makan sini..huaaa..belum rasa lagi..huaaa..sedapnya tengokk

    BalasPadam
  7. Bestnya ada banjir cheese, tempat bro asyik banyak kedai banjir udang je.. Mohon kedai tu pindah sini

    BalasPadam
  8. Perghhhhh sekarang jugak nak pergi!

    BalasPadam