Merasa jugak akhirnya PERDANA STREET FOOD 3.0 di Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan.
Tahun lepas tak sempat. Tahun ni , tak kira dah.. Banjir ke tak banjir ke.. aku nak redah gak gi merasa! Mana aci tengok gambar kawan kawan post je kan ? Kali ni nak rasa sendiri keenakkan masakan tempatan.
Aku tak terbayang camana dia punya 'street food' dan camana susun atur mereka. Bila sampai je kat hotel , aku disambut oleh sahabat aku , Eh Chiau. Wah.... susun atur mereka memang selesakan mata aku memandang. Terus aku dan keluarga aku , terasa kelaparan yang amat ! Bauan masakan menerjah lubang hidung tanpa ditapis ! Aduh...
Apa lagi aku.. terus tengok apa yang sedap laa ! Tapi masalahnya semua sedap sedap mata memandang. Rasanya camana lak ? Bau dah power dah ! Boroi pon boroi laaa.. Redha jer laa. Takkan nak tengok dan amik bau je kan ? Hahahaha..
Cara mereka sistematik. Tak perlu nak berebut. Mula mula gi amik kertas order. Tandakan nak makan mana satu pastu gi kat kaunter tunjuk kertas tu. Mereka akan bagi kupon , selepas korang buat bayaran. Pastu sila la ke booth yang korang nak order tu.. Tu je ! Senang kan ?
Aku kalau nak test makanan... aku test dua menda dulu. Kalau kat situ ada keow teow , aku nak makan tu dulu. Dan situ ada gak roti John ! Hahahaha.. Ok ,fineee ! Aku nak rasa dua dua tu. Kalau dua dua ni sedap , maka pasti semuanya sedap belaka kat sana !
Aku test dua dua ni..
Roti John
Keow Teow Kerang
Ok... sedap ! Jom serbu ! Hahahaha.. ikan bakar , cendol , pulut mangga , nasi ayam... dan macam macam lagi ada ! Aku keboroian malam ini. Tak pe la... setahun sekali boroi ! Eh... hahaha.. lantak laaa.. Alang alang kat Kelantan , makan je la. Balik KL nanti baru pikir nak sado semula.. heheee..
Ramen
Nasi lemak
Sambal petai Sotong
Nasi ayam ala carte
Ikan bakar
Ada banyak pilihan kat sini. Sampai tak tau nak makan apa sebab semuanya nampak sedap sedap belaka ! Tapi tak pe... Perdana Street Food 3.0 ni berakhir pada hujung bulan Disember ni. Masih ada peluang nak rasa semua makanan yang ada kat sini. Haahahha.. Oh ya , mula 6.30 petang dan kedai tutup , jam 10.30 malam.
Untuk pertanyaan , boleh hubungi Hotel Perdana Kota Bharu.
* Thank you Bird !
11 comments
Semua nampak sedap...teruja lak nak ke KB
BalasPadamKud tiaw dia menggamit selera la..
BalasPadamRindunya makanan kat Hotel Perdana!!! Sedaaaaaappp
BalasPadamSedap pulak tgk keaw teaw kerang tu... Hihihi
BalasPadamMakanan best².... Lepas tu konsep dia cam hari kantin sekolah pulak pakai² kupon ni... Hihihi..
BalasPadamKuew Teaw!!
BalasPadamYa Allah..dugaan apakah ini..da la tk lunch lg nii..huhuhu
BalasPadambestnya makan..
BalasPadamComelnya dia makan... Fokus lak tu. Hehehe. Makanan juicy betul.
BalasPadamSedapnyaa sobss
BalasPadamPerghhh syoknya makan², semua menyelerakan!
BalasPadam