RASUAH hancurkan negara !

by - Isnin, Disember 11, 2017

Berita pagi ni di Awani , sangat menyedihkan. Lagi kes kemalangan jalan raya. Entri aku semalam pon pasal kemalangan jalanraya. Dimana kelemahan sistem jalan raya kita ? Atau salah pemandukah? Hurmmm.. bila cakap lebih lebih, dia pacak kamera ! Cehh.. apa dia ingat pacak kamera , selesai masalah ? 

Aku tauuu.. mesti nak kata, dah tu camna ? Mudah jer.. Banteras RASUAH ! Cuba tengok ehh.. lori lori besar di jalan raya tu. Cara pemanduannya. Fuhhh, giler evil ! Jangan la kata kereta pun giler evil... kereta kalau 'buat hal' dia tak sapu abis kenderaan lain..Tapi kalau lori 'buat hal' .. hurmmm.. hancur ! 



Dari Astro Awani 

Pemandu lori tak takut ! 

Banyak kali aku selisih dengan lori lori yang bawak muatan atau kosong ni memandu dengan.. hurmm.. siap potong lagi. Macam nak berlumba lak ngan kita. Mengerunkan. Dah la kereta kita ni , mahal tapi nipis ! Hampehhh... Sekali kena langgar , hancur ! 

Aku bukan nak kata penguatkuasa tak buat kerja. Ada yang buat kerja bagus. Ikhlas. Tapi ada yang.. hurm.. malas nak cakap. Nanti mintak bukti bertulis la.. dan sebagainya laa.. Ini Malaysia maa ! Semua orang tau... Tak payah cakap banyak. Tuhan ada. Kalau tak percaya Tuhan , lain cerita la.. kena pasang cctv kasi real ! 

Cermin gelap dan pemandu jilake !

Tu bab pemandu lori. Bab kereta pun sama gak. Cermin gelap kaw kaw. Bawak cam jilake ! Dia tau kita takleh nampak dia dalam tu. Sesuka hati mak bapak dia main celah masuk tanpa kasi signal. Kita terkejut , kita elak.. langgar orang lain. Bayangkan jika sebelah tu lori ? Lori gakk dipersalahkan ! Haaaaa... sian pemandu lori yang baik itu. 

Pandu laju ? Hurm.. berlumba ? Hurmm... satu hal lagi ! Pelik tak ? Spesis gini tak makan dek di saman ? Apasal ? Kereta yang diubahsuai satu hal. Tertanya gak.. diorang ni memang tak takut penguatkuasa ke ? Atau.. hurmm..

Selagi tak kena kat anak menteri.. anak raja.. ok jer ! Kalau kena ? Perghhhh.. abis satu Malaya kena kerah buat kerja ! Puihhhhh ! Hampehh. Masa ni leh tengok kaki jilat bersuara. Konon nak tunjuk dia buat kerja. Apasal selama ni tidur ke ? Oh...kena kat rakyat ! Aku rasa la kan... netizen kena kembali buat kerja.. kerja memviralkan ! 

Tu bab atas jalan raya.. Yang bab politik lagi ? Haaaa.. Camana laa negara kita nak bebas rasuah. Malas nak cakap lebih. Kang aku gak kena. Kat negara kita ni , kita cakap yang benar , kita bermasalah. Kita luah pendapat , kita kena. Tak nak kena ? Mudah jer.. JILAT je la... tu 'dihalalkan' dan dibenarkan. 

Hancur negara tercinta kita ni. 

You May Also Like

4 comments

  1. Seramlaa kemalangan sekarang ni macam perkara biasa je...

    BalasPadam
  2. Betul tu, pemandu lori ni memang tak fikirkan pemandu lari. Kadang selamba je bawak laju dan lebih muatan.

    BalasPadam