Sekitar FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2017 , Kuala Lumpur.

by - Ahad, Disember 17, 2017


Akhirnya , tiba jua di Kuala Lumpur. Perlumbaan yang ditunggu ni , memang dapat sambutan saban tahun dari peminat peminat tersendiri mereka malah , mereka telah pun menyambung kontrak untuk 10 tahun lagi bersama penganjur utama ! Tahniahh ! 

Bertempat di Bukit Jalil , FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP kali ni melibatkan ramai penunggang penunggang berbakat besar dari dalam dan luar negara. Dan juara keseluruhan bagi Open International milik pelumba dari United Kingdom , Lewis Cornish manakala untuk kategori Open Asia , milik pelumba dari Thailand , Thakarn Thanthong. Namun pelumba dari Malaysia , Khairi Zakarian mencuri tumpuan dengan memenangi kategori Moto 2. 

Jom layan gambar gambar yang aku amik sendiri. Cuaca memang panas membahang. Aku mampu berdiri kat litar untuk perlumbaan pertama jer. Pastu gi cari tempat teduh. Sayang ar... memang best aksi kali ni. Masing masing berikan persembahan yang cukup mantap ! 

Bangga logo #KBBA9 terselit antara penaja penaja terkenal untuk pertandingan ini. Bukan level kampung punya event yer.. 



Sokongan dari rakan sepasukan dan keluarga tersayang amat penting.. kena lak dengan cuaca panas terik gini.. mampu menyejukkan seketika sebelum perlumbaan bermula. 









Antara aksi aksi menarik.. 








Menarik ! Moga tahun depan , dapat saksikan lagi FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP ni.. 

You May Also Like

8 comments