Anak anak dah naik boring setiap kali hujung minggu , ada kelas tambahan. Maka minggu ni , aku bawak bercuti di tengah kotaraya ! Ni la port aku sewaktu kecil dulu , bermain ! Heehehehe... Maksud kecil tu , waktu aku remaja la.
Bukit Bintang ! Satu destinasi yang cukup tidak asing lagi buat warga kota. Best ! Orang kata , semua ada di sini ! Bersepah dengan komplek membeli belah ! Banyak nak di sebut tapi antara yang popular masakini ialah Pavilion , Times Square dan banyak lagi !
Bagi mereka yang tinggal luar KL , nak menginap di ibu kota ada banyak pilihan. Jika korang nak hotel yang selesa dan sempurna , nah... Swiss Garden Hotel Bukit Bintang , aku cadangkan.yang baru siap dinaiktarafkan saja ! Segalanya baru dan cantik belaka !
Lokasi yang cukup strategik untuk korang datang melancong atau bercuti di Kuala Lumpur.. Best !! Aku ingatkan sesak dengan kereta di area hotel ni rupanya tidak lagi. Syokk.. Duluuuuu , yer.. Sekarang , nope !
Laluian Hop On Hop Off . Jika malas memandu , sila guna HOHO ni untuk pusing KL
Terlalu banyak tarikan pelancongan jika korang menginap di sini. Mudah nak ke ibu kota yang penuh dengan tarikan pelancongan dari siang hari hingga ke malam hari ! Mesti puashati dan yang paling penting , bila balik dari berjalan jalan , dapat berehat di bilik yang cukup nyaman , bersih dan kemas.
Kenapa aku cadangkan Swiss Garden Hotel Bukit Bintang ?
- Lokasi menarik
- Tempat letak kereta yang mudah dan percuma
- Bilik selesa
- Kakitangan yang ramah
- Keselamatan menjadi keutamaan
- Kemudahan hotel yang best seperti gym dan kolam renang
- Restoran
- Bilik mesyuarat atau event yang besar
Bilik
bilik penginapan pula ada 4.
- Deluxe
- Premier
- Executive
- Family
Boleh rujuk di SINI Dan bilik aku , bersambung dengan bilik anak anak. Diorang nak tidur di katil sendiri. Dah besar la katakan ..Puashati. Bilik air bersih dan berkeadaan sempurna.
Fasiliti : Gym dan Kolam Renang
Kedudukan gym dan kolam renang cuma bersebelahan. Mudah memandau anak anak jika mereka bermain di kolam renang dan kita di gym. Cuma tak digalakkan berlari dan perlu lebih berwaspada kerana jika lantai licin , agak merbahaya kepada mereka.
Manakala peralatan di gym , walaupun kecil tapi bagi aku dah cukup best ! Baru dan puashati.
Restoran : Garden Terrace dan makanan
Buffet untuk sarapan pagi , disediakan jika menginap di sini . Jika nak a'la carte pun boleh. Makanan , memang sedap la. Cuma pilihan tu masih belum banyak namun memuaskan hati seperti nasi lemak ! Sedapppp !!
Akhir kata , hotel ni senantiasa penuh. Kalau korang nak menginap sini terutama di musim cuti , sila booking awal awal ! Kalau tak , memang mengigit jari la.
Untuk info lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/SwissGardenBBKL/
Instagram : https://www.instagram.com/swissgardenbbkl/