Cuti Dekat Ajer di Swiss Garden Hotel Bukit Bintang , Kuala Lumpur.

by - Isnin, November 11, 2019

Anak anak dah naik boring setiap kali hujung minggu , ada kelas tambahan. Maka minggu ni , aku bawak bercuti di tengah kotaraya ! Ni la port aku sewaktu kecil dulu , bermain ! Heehehehe... Maksud kecil tu , waktu aku remaja la. 

Bukit Bintang ! Satu destinasi yang cukup tidak asing lagi buat warga kota. Best ! Orang kata , semua ada di sini ! Bersepah dengan komplek membeli belah ! Banyak nak di sebut tapi antara yang popular masakini ialah Pavilion , Times Square dan banyak lagi ! 

Bagi mereka yang tinggal luar KL , nak menginap di ibu kota ada banyak pilihan. Jika korang nak hotel yang selesa dan sempurna , nah... Swiss Garden Hotel Bukit Bintang , aku cadangkan.yang baru siap dinaiktarafkan saja ! Segalanya baru dan cantik belaka ! 

Lokasi yang cukup strategik untuk korang datang melancong atau bercuti di Kuala Lumpur.. Best !! Aku ingatkan sesak dengan kereta di area hotel ni rupanya tidak lagi. Syokk.. Duluuuuu , yer.. Sekarang , nope



Laluian Hop On Hop Off . Jika malas memandu , sila guna HOHO ni untuk pusing KL

Terlalu banyak tarikan pelancongan jika korang menginap di sini. Mudah nak ke ibu kota yang penuh dengan tarikan pelancongan dari siang hari hingga ke malam hari ! Mesti puashati dan yang paling penting , bila balik dari berjalan jalan , dapat berehat di bilik yang cukup nyaman , bersih dan kemas. 

Kenapa aku cadangkan Swiss Garden Hotel Bukit Bintang ?
  • Lokasi menarik 
  • Tempat letak kereta yang mudah dan percuma
  • Bilik selesa
  • Kakitangan yang ramah
  • Keselamatan menjadi keutamaan
  • Kemudahan hotel yang best seperti gym dan kolam renang
  • Restoran 
  • Bilik mesyuarat atau event yang besar

  







Bilik

bilik penginapan pula ada 4. 
  • Deluxe 
  • Premier 
  • Executive
  • Family
Boleh rujuk di SINI  Dan bilik aku , bersambung dengan bilik anak anak. Diorang nak tidur di katil sendiri. Dah besar la katakan ..Puashati. Bilik air bersih dan berkeadaan sempurna.










Fasiliti : Gym dan Kolam Renang

Kedudukan gym dan kolam renang cuma bersebelahan. Mudah memandau anak anak jika mereka bermain di kolam  renang dan kita di gym. Cuma tak digalakkan berlari dan perlu lebih berwaspada kerana jika lantai licin , agak merbahaya kepada mereka. 

Manakala peralatan di gym , walaupun kecil tapi bagi aku dah cukup best ! Baru dan puashati. 










Restoran : Garden Terrace dan makanan

Buffet untuk sarapan pagi , disediakan jika menginap di sini . Jika nak a'la carte pun boleh. Makanan , memang sedap la. Cuma pilihan tu masih belum banyak namun memuaskan hati seperti nasi lemak ! Sedapppp !! 













Akhir kata , hotel ni senantiasa penuh. Kalau korang nak menginap sini terutama di musim cuti , sila booking awal awal ! Kalau tak , memang mengigit jari la. 

Untuk info lanjut : 













You May Also Like

23 comments

  1. Wowww...menarik ni. InShaaAllah nk bw anakbuah cuti sekolah ni nnati. Xpernah ke KL la diaorang tu

    BalasPadam
  2. Wah bestnya cuti2 .. pemandangan menarik.. bilik pon best jer nampak tu.. makanan opkos laaa nampak pon dah tahu sedapp ..ok ada rezeki kita nak g sinijugak la nnti. Aamin2

    BalasPadam
  3. Suka tgk frame gambar dan kawasan sekitar tu nampak segar mata memandang. Yes port baru 2020..nanti dh reno rumah habis nk pi la sini...

    BalasPadam
  4. Bestnya menu kat hotel tu 🤩 teringin nak cuba menginap di sana. Doa-doakan 🤲

    BalasPadam
  5. Bestnyer... Dah la hotel bilik dia cantik... Senang nak shopping area KL.

    BalasPadam
  6. Teringin nak duk kat swiss garden... Mana2 pun xpe

    BalasPadam
  7. Menarik nyaaa.. Ada pool tu penting utk anak anak, dkt area shopping plak penting utk mak mak hehehe

    BalasPadam
  8. Ini baru bercuti di KL.. hotel tengah bandar, sempat lagi aben ke gym..

    BalasPadam
  9. nampak menarik tapi sekarang ni bila berjalan dan dok hotel dah kena amik ala apartment gitu sebab anak-anak ramai..hehehe

    BalasPadam
  10. Oooo. Panggil swiss garden bukit bintang rupanye. Pernah tido sini. Kat area pudu tu kan? Duduk dekat swiss garden residences pernah, kat hotel dia pon pnah. Memang best. LRT pon dekat jugakla. Kne jalan dalam 15minit kot

    BalasPadam
  11. Wow...kalau turun KL memang nak lepak Swiss Garden la. Lokasi strategik. Nak kemana-mana pun dekat.

    BalasPadam
  12. wah cantiklah. leh masuk list hotel nk terjah bila turun ke KL nnt

    BalasPadam
  13. Nice ja hotel nie .. Kalo ke KL boleh lah cuba heeee

    BalasPadam
  14. Perghhh.... Best nya cyti #dekatje
    Lawa seyh swiss Garden Bukit bintang ni ehh... Nampak keselesaan. Bila laaaa dapat stay sini. Sponsor please...

    BalasPadam
  15. Menariklah.. InsyaAllah nanti nak bercuti kat sini juga

    BalasPadam
  16. Menarik ni, bilik cantik. Ada connecting room pula tu.

    BalasPadam
  17. Ok nanti nak try gak la tgh kl nih..

    BalasPadam
  18. Dekat kl dekat dh dengan kita.. Nanti ada masa nak stay sini pulak..

    BalasPadam
  19. Aben dan gym berpisah tiada.. Hehehe.. nak jugak stay sini.. even tgh KL, dpt release tension kan..

    BalasPadam
  20. Cuti-cuti kat tengah bandaraya KL. Why not kan.

    BalasPadam
  21. wah..besar jugak biliknya tu. kalau check in situ..bnyk mall boleh pergi..hehe

    BalasPadam