Hotel ni best tapi..
Menginap dua malam di hotel ini. Wife ada kerja di Kuala Terengganu. Dan aku syorkan hotel ini berdasarkan carian di Traveloka dan Google. Wife juga turut syorkan sini. Disyorkan oleh rakan sepejabat dia.
Hotel ini patuh syariah. Alhamdulillah. Aku check in , lewat hari tu. Dalam jam 10 malam. Lewat sampai disebabkan perjalanan dari Kuala Lumpur mengharungi hujan lebat. Aku memang fobia memandu di dalam hujan disebabkan pengalamam lalu. Dua kali kemalangan dilanggar dari belakang pada waktu hujan.
Staff , bagus. Peramah dan sangat membantu. Terbaik. Check in , masuk bilik... Alhamdulillah , bilik ok walaupun sedikit kecil. Mungkin pilihan bilik aku tu , sesuai untuk mereka yang 2 orang jer. Aku masuk sekali dengan anak anak. Nak amik bilik keluarga , membazir sebab check in lewat !
Ada gym. Best gym dia ! Aku suka. Ada kolam renang. Best , besar dan budak puas mandi. Orang dewasa cam malu malu nak mandi. Hehehe.. termasuk aku. Nak masuk kang... haaa... Maka aku gi lepak gym jer.
Peralatan di gym, bagi aku dah cukup best . Yang tak bestnya ialah.. aha... nak masuk gym kena guna key card. Ok dah tu. Security. Tapi masalahnya ialah , aku cuma ada satu key card jer ! Dan untuk hidupkan 'power' di bilik kena letak key card di slot yang disediakan. Card lain tak boleh digunakan. Tak la kot kad aku tu je tak leh guna dan orang lain boleh ? Hehe.. tak try la kad kad yang ada dalam beg dompet aku.
Jika aku amik key card dan ke gym... bagaimana mereka yang di dalam bilik ? Mungkin sedang tidur ( aku gi gym awal pagi ), pastinya akan kepanasan ? Jika setiap pelanggan diberikan 2 key card, isu ini selesai.
Makanan di hotel... ok jer bagi aku. Tempat letak kereta , jauh di tingkat atas.. tingkat 6. Kalau mereka yang belum mahir , memang akang mengelupur la skit . Dan ada security di situ. Kiranya mereka yang sampai lewat malam , takda la nak takut jika nak masuk ke hotel.
Ok.. ni part menarik ! Hotel ni bercamtum dengan shopping mall ! Nah , kalau boring nak makan di hotel , turun je ke shopping mall. Ada banyak pilihan seperti Sushi King , Ayam Penyet , Boat Noodle dan banyak lagi. Kalau tak nak makan makanan orang bandar , sila keluar je dari bangunan tu. Nah.. kiri kanan ada gerai makanan tempatan ! Sila pilih !!
Lokasi hotel ni cukup cantik dan strategik. Jika aku datang bersama rakan blogger, pastinya aku akan berjalan kaki ke sana ke sini untuk menikmati suasana Kuala Terengganu. Dengan lebih puas !
Berapa bintang aku kasi hotel ni ? Aku kasi 8 bintang.
5 comments
hotel apa la agaknya tu.hotel paya bunga square ke
BalasPadamBiasanya hotel macam tu. Selalu bagi key card satu je. Hmm kalu husband kinah dengan muka tak malu dia mintak satu lagi key card mujur dapat huhu.
BalasPadamhaha betul juga kan. Kalau dia bagi 2 access card selesai segala masalah. Tak faham juga pihak hotel ni kadang2.
BalasPadambiasa hotel guna kad ni dorang bagi 2kad..biasanyalah..
BalasPadamatau mungkin sebab aben amik bilik utk 2org tu, mmg bg 1kad je kot. kalau amik bilik besar sikit/family mgkin dorang bg 2kad. mungkinla..
Hotel ni mmg best dari segi lokasi tapi mmg perlukan penambahbaikan di masa akan datang. Pernah staycation sini hari tu.
BalasPadam