Tak tahu nak makan di mana malam ni ? Jom ke Benteng Walk Seremban ! - BEN ASHAARI

Tak tahu nak makan di mana malam ni ? Jom ke Benteng Walk Seremban !

Aku sering tercari-cari tempat makan yang best dan beraneka pilihan. Tapi tak nak masakan dari orang bukan tempatan dan masakan barat ! Arghh... boring boring boring ! Nak makan masakan tempatan dalam bentuk santai. Haa... ni yang sering aku cari dan payah nak jumpa walaupun ada ! Mungkin tak viral atau aku yang tak tau. Heee.. 

Nah, di Seremban.. Ada satu port baekkk punya untuk kaki makan ! Boleh aku katakan , berbaloi giler la kalau korang ke sini ! Tarak menyesal punya. Bersih satu hal.. macam macam ada tu satu hal lagi ! Dan nak lagi syok , kalau korang datang beramai ramai , kasi open satu table dan beli semua yang kelihatan sedap di situ.. kasi letak atas meja dan makan berjemaah. Kat situ , boleh ! Takda sapa nak larang. Kau boleh beli dari kedai lain , makan di meja kedai lain. Takda sapa nak marah kau punya ah !! Menarik kan ?

Sejujurnya , aku lupa nak amik gambar makanan ketika berada di sini. Bukan apa.. semua nampak sedap sangat ! Tak sampai hati nak letak sekeping dua gambar makanan walhal semua sedap. Yang menariknya , masakan tu original orang Nogori punya. Kau boleh rasa perbezaan ! 

Tapi kalau korang tanya aku apa yang sedap.. korang leh try satay , laksa , mee kari , gulai tanjung , sup kambing , nasi lemak pisang , pepes , ayam percik , tauhu bergedil , roti john , apam balik , mee rojak , yong tau fu , nasi goreng sardin.. eh , banyak laaa makanan kat sini ! Korang cuma kena bayar jer. KFC pun ada haa ! Cantik je bangunan dia ! Hahahaah.. 

Dan kalau korang suka bergambar , nahhh... bersepah mural murah menarik di sini ! Amiklahhh... seberapa banyak gambar korang nak ! Takda sapa nak larang. Cun cun mural dia dengan identiti tersendiri. 

Oh ya... gerai gerai di Benteng Walk Seremban ni di buka seawal 530 petang dan berakhir pada jam 3 pagi.... setiap hari ! Huhuh... kalau nak cari makanan atau melepak beramai ramai tanpa buat kecoh , silalah ke sini.. Ada busking lagi ! Jangan lupa sedekah sikit naaa.. Heee..









Best kan ? Haaa... aku kata dah !

2 ulasan:

  1. Ala...baru nak.tgk keenakkan dan kecantikan makanan tu..

    BalasPadam
  2. Wow.. menarik juga tempat ni. InsyaAllah nanti pergi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.