Hari pertama Aariz ke Tadika Arina, Putrajaya

by - Rabu, November 20, 2019

Wife cerita dia begitu teruja. Dia yang kejutkan mak dia bangun pagi. Jam 6 pagi ! Fuh  dasat tul semangat. Persoalannya  sampai bila dia mampu bertahan ?? Maksud aku , tak menangis dan mencari ibunya !

Ikutkan , biasanya dia akan dihantar ke rumah mak aku. Tinggal sehari dua kat sana sehingga aku balik dari outstation. Tapi saja nak tengok camana dia punya perangai dan kemahuan ke sekolah. Tu yang test hantar tu..


Nah kau.. Siap bersara pan pagi ! Bapak dia pun tak gini punya semangat bab sarapan. Hahahaa..


Dalam kereta.. Si kakak tak nak si adik sekolah sekali dengan dia. Kenapa dan mengapa ? Zahra tak kasi tau. Yang pasti, dia menangis tak nak Aariz ikut. 

Terpaksa guna kaedah antar kakak dulu. Bukan satu kelas pun. Kelas Aariz seusia 3 tahun. Cam Aariz la..


Tak pandang belakang dah. Sendiri turun kereta nak masuk ke dalam kelas.



Diberitakan  hanya menangis pada jam 11 pagi. Kasi susu, tangisan hilang dan kembali bermain dengan kawan kawan. Yer, bermain sambil belajar di sana. Dan makan.. Seronok sangat dia..



Dari jam 8 malam hingga subuh.. Beginilah. Tewas sejak dari jam 4 petang lagi katanya. Memang dia akan tidur semula jam 11 pagi dan petang sekali.

Menurut cikgu... Aariz meninggalkan kenangan buat mereka. 2 kali berak ! Tu dia !!


Bagi mereka yang berminat nak hantar anak mereka ke Tadika Arina , Putrajaya ... sila booking sekarang  ! Sementara ada sedikit kekosongan.  Hubungi terus ke 016-313 2183 .

You May Also Like

0 comments