Gagal giler kedai makan ni!! - BEN ASHAARI

Gagal giler kedai makan ni!!


Saja nak makan luar lak. Lama giler tak makan di area ni. Petang tu, aku lalu kawasan ni, kedai ni nampak menyelerakan aku. Bersih pun ye gak. Cuma harga tu aku rasa memang kena ikut harga kawasan pelancongan la kot? Tak kisah la..

Order la makanan. Aku nak try nasi goreng pataya. Wife kuey tiaw sup. Kongsi dengan Aariz. Qhaliff  chicken chop kalau tak silap aku. Ke ayam goreng apa tah.. 

Lama gak la tunggu. 

Pastu ternampak la si pelayan kedai ni yang rasanya dari seberang dok berjalan membawa nasi pataya  Punya la dia berpusing sana sini. Tapi meja aku, dia tak datang pun. Pastu dia masuk balik ke dapur bersama nasi tu. 

Kemudian dia keluar semula. Datang ke area aku. Dengan segera aku panggil.. Terus bebel 5 saat  Dan nasi tu sejuk dah ! Haish  

Tak lama kemudian, tempahan wife dan Qhaliff sampai. Aku cam hurm.. Wife lagi la. Lain mintak  lain sampai. Pastu nak salahkan kita lak. Padahal bukti adaaaa.. Dia sendiri tulis atas kertas ! Malu diaaa.. 

Dia nak buat lain  wife kata tak pe. Tak payah. Makan je yang itu. Aariz tak nak sebab pedas. Aku sendiri rasa pun memang pedas. Hurm..

Patut la yang datang pun pelancong jer. Pertama dan terakhir. Tak disyorkan. Kenyang sebab lapar je. Sedap ? Jauh sekali. 

2 ulasan:

  1. Datang nak makan mmg tengah lapar pastu lambat pastu yg kita order tak dpt, dapat yg lain.. hangat hati rasanya tu..

    BalasPadam
  2. Memang tak pegi dah laaa lps ni .. nak buat camne dah cara beniaga lagu tu. Mengundang kemarahan org dan mengundang orang tak nak datang. Sabar jer laaa ..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.