Seremban ni menyeronokkan rupanya tapi.. - BEN ASHAARI

Seremban ni menyeronokkan rupanya tapi..

Aku tinggal di Sepang. Berdekatan dengan Nilai dan Seremban. Tapi aku tak pernah berminat nak explore Nilai dan Seremban sebab takda apa apa yang menarik ! Walaupun dah sudut pemakanan dan juga lokasi lokasi menarik mahupun taman serta tempat penginapan. Segalanya aku ke arah Putrajaya dan Kuala Lumpur ! 

Kenapa ini boleh terjadi ???

Apakah salah aku yang tak nak amik tahu atau berminat untuk mencari sendiri ? Mungkin ! Tapi ini zaman viral !! Bila viral baru kita nak gi test try gitu ! Pastu baru tau. Selagi tak nampak visual atau membacanya , jangan mimpi la kan ? 

Akhirnya , aku berpeluang menjejaki tempat tempat menarik di Seremban ! Jauhnya dari rumah aku cuma 40km jer ! Sama macam aku nak pergi rumah mak aku setiap kali nak mencari restoran menarik untuk menikmati juadah tak kira la tengahari atau malam ! 



Ramai tak tau pasal sejarah Seremban ni ! Diorang nampak.. aku ! Bukan diorang.. aku yang tak tau atau terlupa pasal Seremban ni ! Bila sebut Seremban , dalam kepala aku cumalah Adat Pepatih dan rumah popular di Negeri Sembilan yang unik serta anak anak dara Nogori yang cun cun tapi takut untuk aku dekati ! Pasal apa ? Korang rasa sebab apa ? Haaa.. cer kabo skit kat pembaca lain melalui ruangan komen tu haa ! Hahahaha.. 

Ok..Selama 3 hari 2 malam , aku join Fam Trip ' Pesona Seremban' , akhirnya mata aku terbuka dengan seluasnya..

Perghhh ! Menarik giler Seremban ni ! Apasal aku tak pernah tau ? Apasal takda sapa kasi tau ? Asyik asyik ke Utara atau Pantai Timur ! Ada tempat menarik rupanya berdekatan dengan rumah aku ni !! Tapi tiap kali cuti menjelang , buntu nak pergi mana ! Akhirnya , Alamanda dan juga taman taman di Putrajaya ! Sekarang... Seremban dalam radar percutian singkat aku ! 

Apa yang menarik sangat di Seremban ni ??? Fuh... fuh.... Banyak ! Sebelum tu , kita baca sedikit sejarah mengenai Bandar Seremban yang juga ibu negeri bagi Negeri Sembilan.

Nama sebenar bandar Seremban adalah Sungai Ujong. Seremban dipercayai mendapat namanya dari sebuah permainan tradisional iaitu Sarimban. 

Sarinban ini adalah sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil. Permainan tradisional ini amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban. Seremban juga turut dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung.

Bandar Seremban terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai terbesar di Negeri Sembilan. Sungai Linggi mengalir dari bahagian selatan Bandar Seremban sehingga ke sempadan Melaka dengan Negeri Sembilan.

Seremban juga adalah merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan dan merupakan salah satu daerah daripada keseluruhan tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.".

Kita sambung baca lagi ..

" Lokasi Seremban terletak kira-kira dalam 30 kilometer ke darat dan ia terletak dalam lembah Sungai Linggi di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Bentuk muka bumi Seremban secara umumnya berbukit-bukau dan tanahnya adalah tanah laterit merah.

Tanah laterit merah tersebut menjadikannya sesuai untuk peladangan getah dan juga peladangan kelapa sawit. Oleh kerana itu, Seremban menjadi pusat pertanian di Negeri Sembilan. "

Ni baru 2013 ! Sekarang dah 2019. Lagi banyak perubahan di Jalan Tuanku Munawir ni !

Sungai Linggi mainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan bandar Seremban. Ketika perlombongan bijih timah dilakukan secara besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama yang digunakan oleh para pedagang bijih timah. Kini, Sungai Linggi merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan. "

Untuk pengetahuan korang.. aku pun baru tau gak.. bila pergi ke bandar Seremban ni , aku cam pelik gak tengok orang orangnya. Dan barulah aku tahu... 

" Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada tahun 1870 an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menyaksikan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan juga berniaga. "



Kedua dua lokasi ni , korang akan lalui jika buat Seremban Trail. Turun dari Komuter , kemudian berjalan kaki ! Syok woii ! Kurusssss. Pastu baru cari makanan makanan enak di Seremban ni. Berbaloi !

"Penduduk Melayu tempatan pula kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru dalam bidang perlombongan bijih timah. Kota Seremban memiliki persamaan dengan kota Bukit tinggi.

Seremban yang pada awalnya membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga sebagai sebuah pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar masuk untuk mengangkut bijih timah dan bekalan-bekalan lain untuk keluar dan masuk ke bandar.

Pendapatan Sungai Ujong tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai oleh para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.

Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong bijih timah sehingga berlaku persengketaan antara mereka.

Persengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh British di Negeri Sembilan. British memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang negeri ke Singapura.

Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan menentang Dato’ Bandar, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya dalam bidang yang tidak berkaitan dengan agama dan adat Melayu.

Kapten Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan sebagai Jalan Dato’ Siamang Gagap. Sejurus selepas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan mereka dan pentadbiran yang lebih teratur. "

Seronok sebenarnya sejarah Seremban ni. Kalau korang pergi sendiri dan terokai dengan mata kepala serta menganalisa dengan otak korang yang bijak bistari tu , mesti korang akan kata.. 

" Wow Ben , baru aku tauuuu ! Apasal kau tak kasi tauuuu aku dulu ? ".

Hek ele.. aku pun baru ! Salahkan 'diorang' la tak kasi aku tau.. Nasib baik ada 'Pesona Seremban' ! Kalau tak , sampai kiamat la aku tau Seremban ni ada stesen Komuter jer ! Huhuhhu.. Dan sebenarnya sejarah Seremban ni , kena dengar dari mulut orang orang lama di Seremban ni.. baru syok ! 

Nanti aku sambung cerita lagi naa ! Ke mana aku pergi bersama 'Pesona Seremban' ni ! 

Infomasi  - Sumber dari Sejarah.My

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.