Di Seremban , apa yang best ? Pesona Seremban boleh bantu anda !
Cuti sekolah dah bermula. Nak gi mana yer ?Hurm... Nak bercuti luar negara, seluar dalam pun lom tukar lagi ni ! Huhuh.. Dah berlubang dah ni woiii ! Hahahaha.. Aku gurau jer. Seluar dalam aku cun ok ! Berjenama lagi ! Hello Kitty kauuu ! Haaa.. Hahaha.. Ok ok.. Masuk air lak aku pagi pagi ni. Maklumlah , cuti. Gym pun ponteng pagi ni. Kerja banyak nak kena uruskan.
Berbalik pada isu utama di negara ini. Cuti sekolah dah bermula. Nak ke mana ? Ada yang menuju ke klinik. Bersunat laaa best ! Hahaha.. Adeh.. Ada yang menuju ke KLIA. Terbang ke luar negara. Masa untuk bermain salji dan menikmati cuaca sejuk. Untunglah kauuu ! Hehehe.. Abam Beng jeles hokeyyy ! Hehehe.. Alhamdulillah.. nikmatilah percutian itu !
Nah.. bagi mereka yang ingin bercuti dalam negara jer seperti jiran aku tu , maka aku boleh cadangkan beberapa tempat menarik.. Korang leh gi Osaka atau Paris. Eh , tu bukan dalam negara. Hehee.. Korang leh ke Seremban , Negeri Sembilan ! Best wooo !!
Tahukah korang bahawa banyak bangunan bangunan bersejarah terletak di Seremban ??? Tak tau kan?? Apa la korang ni ! Tu pentingnya sejarah ! Asyik sibuk dengan sejarah negara orang tapi sejarah di negara sendiri , tak power rangers tul ! Huh ! Tengok cam aku ni ! Pergh.. aku pun tak tau sebenarnya. Dah sampai tempat tu, baru aku tau ! Heee. Bukan tak tau tapi dah lupa ! Belajar masa SPM dulu hanya untuk lulus exam jer. Salahkan 'mereka' yer !
Nah.. untuk lebih seronok lagi kembara di bumi Negeri Sembilan ni , dapatkan pamplet begini di pusat pusat pelancongan di situ.. Macam macam infomasi ada dalam tu ! Dan korang jejakilah tempat tempat menarik melalui petunjuk dan peta di situ. Macam aku dan rakan rakan media ' Pesona Seremban ' lakukan baru baru ni !
Bagaimana nak ke Seremban ?
Ok ok.. kita borak serius ! Haa , tamo main main naaa ! Kang masa terbuang gitu jer. Ok , camana nak ke Seremban ni ? Ada banyak cara ! Tapi yang pastinya, takda terowong masa atau jalan bawah tanah untuk ke Seremban ni ! Darat , udara dan laut ! Boleh ! Haaaa...Lain lain , takda !
Laluan darat.. kalau nak kembara dengan rakan rakan , aku syorkan naik keretapi atau KTM . Dari mana mana stesen KTM , terus ke Seremban tanpa perlu bayar tol dan isi petrol ! Mudah bukan ? Haa.. aku kata dah ! Ingat aku suka tipu ke ?? Haa..
Ok.. kalau dari laut pulak. Korang naik feri atau bot laju , singgah sebentar ke Pulau Jawa. Beli belacan di sana kemudian teruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Turun kat Jeti Pulau Pinang , pastu naik la ETS ke Seremban. Heeee... Aku gurau jer ! Heehehe.. Mana ada laut kat Seremban. Port Dickson ada la.. Serius lak dia baca . Hee..
Penginapan
Sambung sambung.. Hotel ? Jangan risau. Aku syorkan dua tempat penginapan yang mengikut kemampuan korang. Berapa bajet ? Berapa hari ? Berapa ramai ? Haaa.. Ada dua tempat yang best. Aku dah cuba dua dua. Kakitangan mereka sangat bagus. Kalau nak yang bajet bajet , boleh menginap di d'Sora Boutique Business Hotel yang terletak di Bandar Sri Sendayan. Ni dekat sangat dengan Masjid Sendayan yang sangat cantik ! Jalan kaki jer ke situ. Boleh bergambar dengan sepuashati hati. Dan Masjid Sendayan ni ada kisahnya yang menarik ! Baca SINI dan sapa yang mewakatkan Masjid Sendayan yang bernilai RM100 juta ini ??? Fuh... Wakaf ok ! Baca di SINI.
Facebook : d'Sora Boutique Business Hotel
Instagram : d'Sora
Web : https://dsora.com.my/
Klana Resort Seremban
Facebook : Klana Resort Seremban
Instagram : Klana Resort Seremban
Ok.. penginapan dah ada kan ? Kalau nak bajet bajet hotel sekitar bandar Seremban pun ada banyak. Tengok je di Traveloka atau Booking.com . Segalanya mengikut bajet bajet korang untuk percutian singkat dan dekat jer ni.
Jejak Warisan Seremban
Nah... Sekarang masa untuk terokai bandar Seremban. Apa yang best di Seremban ? Bagi yang meminati Budaya dan Warisan , korang boleh ke Muzium Negeri Sembilan , Galeri Diraja Tuanku Jaafar , Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan. Boleh baca infomasi sebelum pergi di laman web Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Selain tu , korang boleh buat Seremban Heritage Trails. Menarik ni ! Antara tempat yang boleh singgah bergambar seperti di Seremban Railway Station , Seremban Lake Garden , O KM Seremban, Dataran Seremban , BSN Building yang mana ada sejarahnya tersendiri , Seremban Municipal Council Hall , Seremban State Mosque , Sri Balathandayuthapani Temple , Seremban Visitation Church , Istana Hinggap , The Oldest Rubber Tree Negeri Sembilan , Gudwara Sahih Sikh Temple Negeri Sembilan State Assembly , Seremban Old Police Station dan banyak lagi.
Pelancongan Eko
Eco Tourism. Ini satu produk yang wajib ada di setiap negeri. Dan di Negeri Sembilan , memang ada banyak. Yang sempat aku singgah ialah di Kg. Jkin. Di sini memang syok untuk buat teambuilding. Suasana hutan dan ditemani bunyian unggas rimba yang cukup mendamaikan. Ada chalet dan juga boleh berkhemah.
Kg. Jkin Resort
Facebook : Kg. Jkin Resort
Instagram : Kg. Jkin Resort
Selain tu korang boleh terokai Gunung Angsi , Bukit Kepayang , Gunung Berembun dan Taman Eko Rimba. Ini kaki hiking dan peminat alam semulajadi memang akan suka la. Menyeronokkan. Keluar dari hiruk pikuk kotaraya !
Makanan pula , macam aku pernah cerita sebelum ni , kalau nak layan street food , sila ke Benteng Walk Seremban. Kalau nak rasa makanan masakan negeri , boleh cuba ke Restoran Selera Nogori , Sate Tulang , Restoran Leha World dan banyak lagi. Yang ni kena rajin tanya penduduk setempat. Banyak yang baru baru dan menarik untuk dikunjungi.
Amacam ? Cukup tak ? Ni baru Seremban. Haaa... belum masuk bandar bandar lain di Negeri Sembilan ! Hahaha.. Ok ok.. aku nak gi cari makan. Teringin lak Satay Minang tiba tiba ! Hehehe..
Sebarang pertanyaan mengenai Seremban , boleh rujuk ke PESONA SEREMBAN
13 comments
Menarik sangat ni.. Hitel nampaks elesa.. Banyak aktiviti..
BalasPadamwah baru tau seremban banyak tempat menarik
BalasPadamFuhhhh lengkap details. Senang nak plan kalau nak pi Seremban.
BalasPadamWaa boleh plan utk short gateaway dr KL ni..
BalasPadamfuh.menarik. boleh la ke sana nti
BalasPadamSyoknyaa
BalasPadamBest jugak eh kat seremban ni
BalasPadamLast sy ke Seremban lebih kurang 15 thn lepas, tu pn sebab belajar di sana. Tapi la ni, N9 sendiri dah ada byk tempat menarik rupanya. Hopefully ada rzki nak berkunjung ke sana lagi.
BalasPadamMenarik! Aktiviti ada memacam...
BalasPadamlamanya dah tak ke seremban. Nanti bole singgah sini, aktvt pon menarik.
BalasPadamWahh! rupanya banyak aktiviti kat seremban
BalasPadamWahh ada mcm2 rupanya. Kitorg baru ke sana. Menginap di Klana Resort. Resort yg best sangat. Will stay lagi inshaAllah in the future. Masa tu kena rujuk entri ni. Hehe.
BalasPadamMenarik jugak ni, tak payah pergi jauh² kan sebab dalam Malaysia banyak tempat menarik.
BalasPadam