Program komuniti McDonald's Malaysia membantu rakyat Kedah pada yang memerlukan !

by - Khamis, November 21, 2019

McDonald’s Malaysia memberi kembali sebanyak RM569,000 kepada negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’.



Terbaik dan tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia atas program program komuniti yang telah mereka anjurkan sepanjang tahun 2019. Insan insan yang terlibat dibawah program itu mesti terasa gembira dan terharu.  Dan yang terbaru di bulan ini ialah ' Back To School Programme ' atau ' Kembali ke Sekolah ' di seluruh negara. 

Untuk pengetahuan rakan pembaca blog yang disayangi ini , McDonald’s Malaysia di Kedah baru baru ini telah menyampaikan lebih RM560,000 melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.  

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

Turut hadir di majlis ini ialah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.


Program 'Kembali ke Sekolah' 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini.  Jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30 ribu kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. Seramai 1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

Untuk pengetahuan rakan pembaca juga , McDonald's Malaysia adalah 100 peratus milik umat Islam, dan pastinya mereka mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.  Mereka telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat di bawah Reza Group dari Arab Saudi.

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000 dan baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.



Selain program Kembali Ke Sekolah , McDonald's Malaysia membantu para belia di  negeri Kedah  untuk menyertai program latihan yang dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s  yang mana ianya merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah . Kemahiran yang dibekalkan  itu bertujuan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing,

Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma sepanjang mengikuti latihan.

Sekali lagi , tahniah buat McDonald's Malaysia atas program komuniti mereka pada tahun ini ! Semoga di tahun mendatang , mereka akan lebih berjaya dan seterusnya membantu golongan yang memerlukan di negara ini. 


You May Also Like

1 comments