Dari Impiana Hotel Ipoh mudah ke Maps Perak ! - BEN ASHAARI

Dari Impiana Hotel Ipoh mudah ke Maps Perak !


Kembali ke sini. Alang alang wife kena kerja luar , dia ajak semua sekali ikut ! Dan pastinya aku syorkan menginap di Impiana Hotel Ipoh sebab sebelum ni pun pernah menginap di sini dan aku sukakan hotel ni.

Kenapa ?

Amik xtra bed

Keow Teow Goreng yang power ! 





View subuh dari tingkap bilik yang superb ! 

Kolam mandi untuk budak budak

Selain bilik yang selesa , staff yang peramah, ada kolam renang yang besar dan pastinya makanan yang enak ! Aku tak beberapa nak suka makan di luar sebab tak berapa minat nak explore mencari makanan. Aku bukan tak suka makan makanan tempatan yang sedap tapi aku elakkan nak makan makanan yang sedap ! Kalau dah jumpa yang sedap , aku payah nak berenti ! Hahaha. aku payah nak kawal bab nafsu makan ni. 

Korang boleh baca review aku mengenai Impiana Hotel Ipoh tu di SINI. Tapi promosi tu dah lepas. Korang leh rujuk promosi terkini di Instagram Impiana Hotel Ipoh di cuti sekolah ni.. Kalau korang tanya aku , apa yang best di Ipoh ni di cuti sekolah ni , aku syorkan korang ke MAPS atau Movie Animation Park Studio ! Tak jauh dari hotel ni pun. Dalam 30 minit gak la. Walaupun area MAPS tu ada hotel , Impiana ni ada kelebihan dia tersendiri ! Haaa.. Makanan , tip top la ! Ramai yang pernah datang sini , puji akan makanan dia. 

Ok... Bab MAPS.. sekarang ni ada promosi cuti sekolah ! Masuk percuma. Buka dari jam 10 pagi dan tamat siaran jam 11 malam ! Fuh , puashati ! Kalau nak main , kena guna e-card. Jangan risau.. korang letak la berapa ratus dalam tu , pastu boleh redeem semula masa nak keluar. Kenapa berapa ratus ? Sebab makan... main.. pastu beli barang BoboiBoy yang best best dalam tu ! Huhuh..

Tiket yang mana korang boleh main sesetengah permainan di dalam ni percuma !
Terima kasih Haida

Antara tarikan yang korang jangan sesekali lepaskan ! BoboiBoy 4D ! Haa , memang anak anak akan jerit kepuasan punya laaa ! Real wehhh.. Aku pun teruja. Ingatkan Spiderman di USJ, Osaka je best.. Boboiboy ni pon setanding dengannya ! Ok laaa walaupun tak sama level tapi tetap menyeronokkan bila bersama anak anak.



Kopitiam Tok Abah pon ada ! Ketawa aku tengok ! Jualan makanan tu , pastinya harga tak seperti di luar tapi apa salahnya sesekali layankan je anak anak tu. Amik je gambar bersama cafe ni ! Mana tau satu hari nanti , tak da dah menda ni ! Kita bukan tau kan ? Dah mungkin jadi sejarah.. Sekurangnya ada kenangan. 


Orang paling teruja dalam keluarga aku ialah Aariz ! Cukup suka la dia dalam ni. Orang sibuk bergambar , dia sibuk pilih barang nak dibeli ! Macam macam dia pilih tapi satu pun tak berjaya di beli ! Hahahaha.. 

Dan aku saja try sandwich nama wife aku ni ha ! Hahahaa..



Ada persembahan stunt yang sangat mengujakan ! Anak anak seronok tonton depan mata. Biasa dok tengok dalam tv jer.. Dan pastinya bini aku yang ego tuuuu.. pon tepuk tangan tengok aksi aksi mendebarkan dari krew Stunt Legends ni.. 




Ada banyak lagi tarikan dalam ni. Aku masuk agak lewat. Ingatkan tak best ! Rupanya sangat best ! Nampaknya kena repeat sekali lagi sebelum sekolah bermula.  Bagi aku berbaloi la.. Kalau cuaca cantik , korang disyorkan masuk seawal pagi dan main semua permainan yang ada dalam ni. Kalau panas, rasanya lepas jam 2 petang , ok dah.. 




Lepas keluar dari MAPS ni , aku ke Cottage 75 Cafe ! Sedap sedap makanan kat situ. Harga pun ok. Dijamin puashati dan berbaloi. Hehehhe.. Makanan tempatan dan makanan barat ada. Kiranya ada banyak pilihan termasuklah untuk anak anak.



Ada banyak lagi tarikan kalau korang bercuti di Ipoh ni. Tak membosankan la. Kena rajin google skit. Aku tak sempat nak explore semua sebab kena gerak ke Perlis lak ! Hehehe.. 

9 ulasan:

  1. Wahhh.. bila orang luar promote Ipoh rasa teruja sikit... Hehehe...Cottage tu memang best. Rasa hotel gitu...

    BalasPadam
  2. bestnya dapat tengok orang drag kereta.Suami Ina suka sangat ni, excited giler dia nanti.

    BalasPadam
  3. wow makanan tu sedap nya tgok :)

    BalasPadam
  4. Terbaik bang Ben...

    BalasPadam
  5. sebulan di ipoh disebabkan tuntutan kerja, akan kembali pergi berjalan pulak.

    BalasPadam
  6. Impiana Hotel tu kat mana ye. Haha Tak pernah tengok pula. Saya belum pernah lagi ke MAPS. Rumah MIL tak jauh dari situ. InshaAllah nak pergi juga nanti. Tangguh pergi sebab ramai yang kata tak best. huhu

    BalasPadam
  7. berapa jer kos nak main permainan kat dalam tu? budak2 dah lama teringin nak p,cuma tak tahu harga satu game berapa

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.