Agen Agen Travel di Fam Trip Pesona Seremban , gila gila rupanya !
Ini kali pertama aku join Fam Trip di Negeri Sembilan. Sebelum ni dah beberapa kali aku dapat jemputan tapi terpaksa tolak sebab anak anak. Takda sapa boleh jaga mereka. Tapi kali ni, mereka di sekolah dan wife akan amik alih selepas abis waktu persekolah.
Bila wife setuju, baru aku terima jemputan. Dan ternyata Fam Trip 'Pesona Seremban' dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Seremban atau MPS sangatlah menyeronokkan ! Pada awalnya aku sedikit 'menyorokkan' diri aku. Bukan apa... aku takut aku 'over' di sana. Aku ni kan giler giler perangai dan mulut leh tahan gak laser kalau tak dijaga ! Biasanya berlaku jika dah mula panas dan tau hati budi masing masing.
Selepas selesai satu event , barulah aku nampak masing masing punya giler giler ! Serius !! Memang giler giler ! Tak sangka lak aku agen travel begini punya sporting dan giler giler perangai. Dan sememangnya mereka kena bersikap sporting sebab nak pastikan client bersama trip mereka , tidak membosankan ! Dan blogger , ada 2 orang jer. Syok ! Hahahaa..
Nanti aku cerita kat korang mengenai ' Pesona Seremban'. Aku sendiri tak tau Seremban begitu menarik sekali. Dan InshaAllah , selepas ni... aku akan ajak anak anak redah Seremban lak. Asyik main Putrajaya dan Cheras jer. Nilai pun aku tak tau apa produk menarik di sana walhal aku tinggal berdekatan Nilai jer ! Huhuh..
Dan yang pasti , Fam Trip ' Pesona Seremban' memang berbaloi untuk aku dan mereka ! Tahniah Majlis Perbandaran Seremban !!
Dan yang pasti , Fam Trip ' Pesona Seremban' memang berbaloi untuk aku dan mereka ! Tahniah Majlis Perbandaran Seremban !!
0 comments