Bila daddy datang ke Hari Graduasi Tadika Arina.

by - Ahad, November 17, 2019

Qhaliff , aku dapat datang sekali je masa usia dia 6 tahun. Masa tu kerap gi luar. Terpaksa ! Cari makan. Gitulah. Huhuh.. Dan tahun ni , aku sekali lagi dapat jemputan untuk ikuti trip pelancongan tapi terpaksa la aku tolak. Sebab ? Si Zahra ni macam aku. Jenis simpan dalam hati. Tak nampak kat muka tapi makan dalam ! Huhuh.. 

Hurm. Ok , aku nak tengok persembahan Zahra. Dia cuti seminggu sebelum Hari Graduasi. Tertanya gak camana dia nak menari nanti ? Apakah dia akan malu ? Atau terpinga pinga ? Huhuhu.. Kalau aku ? Sah sah dah tarik diri ! Hahahaha...

Ternyata sangkaan aku salah. Dia teruja nak pergi gak. Seronok sangat dia rupanya di Tadika Arina ni. Banyak dah perubahan dia kebelakangan ni terutama dari segi komunikasi dan perbualan. Terasa berbual dengan orang dewasa lak. Cepat benar masa berlalu. 

Di Hari Graduasi Tadika Arina , aku tengok parents yang datang enjoy jer. Sporting dan memberi kerjasama. Aku cam.. Wow ! Bagus diorang. Demi anak anak , masing masing berkorban. Huhuh.. 



Aariz teruja nak bergambar gak selepas tengok kakak dia bergambar. Apakah dia akan ke situ juga ? Memang aku berkira kira gak sekarang ni. Tapi Zahra tak kasi ! Hahahaha.. Kang dia tak jadi perhatian lak. Semua beralih ke Aariz. Hahaha.. 

Aturan majlis berjalan dengan baik. Jam 2 petang , majlis di Dewan Jabatan Imigresen Putrajaya ni dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian disusuli dengan tarian pembukaan oleh pelajar dari kampus Tanggilan di Presint 11. Untuk pengetahuan , Tadika Arina ada 4 kampus di Putrajaya. 

Selepas tarian pembukaan, ada penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang. Alhamdulillah... Semangat diberikan untuk mereka agar punya cita cita untuk berjaya di kemudian hari. 

Sampai giliran Zahra. Pantas aku keluarkan Insta 360 One X. Amik video ! Aku tergelak gak tengok dia. Mata dia meliar mencari seseorang. Bila terpandang aku, dia tersenyum. Mencari juga rupanya ! Huhuh. Apa agaknya perasaan dia  jika aku tak datang ? 

Lagu bermula... dia mula menari ikut rentak. Terabur tapi dia tetap menari dengan penuh keyakinan. Yer , itulah Zahra. Penuh keyakinan ! 





Alhamdulillah. Dan di penghujung tarian , dia tamatkan dengan signal PEACE ! Suka suka dia jer buat macam tu ! Lari dari yang lain. Hahahah. Adoiiyai ! Satu persembahan yang enjoy ! Ibu bapa pun gelak ketawa melihat telatah mereka di atas pentas. 

Tahniah buat Puan Arina , guru guru di Tadika Arina atas segala usaha mereka bagi memastikan Hari Graduasi ni berjalan dengan meriahnya. 

Bagi mereka yang tinggal di area Putrajaya , tercari tadika untuk anak anak korang tu , boleh la gi daftar sementara ada kekosongan ! Dari usia 4 tahun gitu.. 

You May Also Like

4 comments