Rakyat semakin bersuara !

by - Ahad, November 17, 2019

Aku baca komen di satu grup Facebook ni. Geleng kepala. Ada yang sokong , ada yang mengkritik. Mengkritik bukan kerana tidak sokong tapi dek kerana ketidaksesuaian di negara kita ! Patutnya dibuat dengan ada kadar kadar tertentu. Bukan main sedap rasa jer ! 

Kononnya dah kaji ? Huhuh.. Kalau dah kaji , patut tau apakah puncanya ! Bukan cari bagaimana nak menghalang ! Oh , apa kes ? Lupa lak. Kes kematian di atas jalan raya ni la.. Apakah punca berlakunya kematian ? Sebab tak pakai car seat ???? Sebab tak pakai tali pinggang ??  Kalau pakai , kena langgar pon selamat kan ? Tapi kenapa kena langgar ????? Nah... ni kena la kuatkuasakan dengan tegas ! 

Wajib ada lesen ! Kita tau makin ramai pendatang haram di negara kita. Sekarang dah pandai memandu pulak !! Kereta atau motor. Kalau ada yang masuk ada passport pon , ada yang memandu ! Banyak kali dah aku terserempak dengan puak puak ni. Kalau memandu dengan betul , takda hal ! Ni macam asal tau pegang stering jer ! Sapa pantau ??? Penguatkuasa ? Ada .. aku tau dan aku nampak tapi... ok , aku tak nak tuduh tapi... hurm.. 

Bila dah ada lesen , memandu cam celaka ! Makin ramai pemandu begitni terutama di lebuhraya ! Apa hukuman untuk pemandu pemandu begini ? Kasi tegas la skit . Mereka ini adalah punca kepada kematian orang lain ! Tak kira la kenderaan kecil atau besar..Kasi hukuman seberat beratnya !! Mabuk atau tidak , kasi maksimum ! Baru diorang takut


Pemandu jadi mata mata . Nah , seperti aku di New Zealand satu tika dulu.. pemandu di sana dikatakan jadi mata mata . Mereka snap gambar dan hantar ke penguatkuasa. Di sini memang ada tapi cam sedikit menyukarkan sebab serupa macam kena buat report lak ! Permudahkan ! Baru pemandu takut..

Pemeriksaan kenderaan diwajibkan setiap beberapa bulan. Bila ada roadbloack , mintak tunjuk seperti roadtax tu.. Barulah kenderaan di atas jalan raya tu , jenis layak jer. Ni aku tengok, ada dah macam dah layak jadi tukun tiruan ! Dan yang memandu tu , sah sah bukan rakyat kita ! 

Baiki jalan raya. Lampu jalan , berlubang sana sini , jalan raya bergelora... antara punca jugak ni ! Kata nak capai tahap negara maju. Janganlah rakyat je kena buat cara maju tapi insfrastruktur .. hurmm.. 

Permudah cara.. Rakyat wajib pakai car seat. Grrr !!! Ada la tu yang komen.. Tak sayang anak la tu ! Puihhhhh !! Spesis cakap tak sayang anak ni , spesis penting diri sendiri ! Dia pikir dia je sayang anak. Orang lain tak ! 

You May Also Like

0 comments